October 9th, 2015

Kemeraan pasangan Fathia Latiff dan Aiman Hakim Ridza sememangnya sering mencuri tumpuan ramai. Boleh kata mereka ni pasangan selebriti paling sweet dan sepadan.

Sering memahami kerjaya masing-masing, tetapi kali ini ada pula mulut yang mengatakan Aiman seakan tidak suka melihat Fathia bergandingan dengan aktor kacak Remy Ishak dalam satu drama bersiri tidak lama lagi. Aik dah kenapa pula? Risau ke Remy akan mengorat Fathia? Hehe..

Ok sebelum anda semua salah faham, Fathia dalam portal Berita Harian berkata Aiman tidak mempunyai masalah dengan Remy cuma beliau risau tidak dapat meluangkan masa bersama teman wanitanya itu.

Aiman kurang gemar apabila mengetahui saya bakal bergandingan dengan Remy untuk drama bersiri itu. Namun bukan kerana dia tidak suka pada aktor itu sebaliknya risau kami akan kurang meluangkan masa bersama.

Kebiasaannya saya akan berehat sekiranya Aiman sibuk dengan penggambaran dan begitulah sebaliknya. Dia risau jika perkara itu membuatkan hubungan semakin renggang kerana kedua-dua sibuk bekerja.

Kami rasa Aiman cukup faham dengan flow kerja Fathia kan masing-masing bergelar pelakon, tetapi biasalah orang bercinta ini memang selalu akan ada rasa rindu apatah lagi jika mereka sebelum ini sibuk menjalani penggambaran. Tidak mengapa, tentu ada juga masa nanti untuk berjumpa kan?

Sumber Berita: Berita Harian


Comments are closed.

Loading...