Semalam, Fathia Latiff telah memuat naik status Instagram menggelar bekas teman lelakinya Aimah Hakim Ridza sebagai lelaki dayus kerana tidak membayar hutang kepadanya.
Status Fathia itu menimbulkan reaksi kurang senang ramai pihak terutamanya dari kalangan rakan seperjuangan dalam bidang seni sendiri kerana ia disifatkan memburukkan lagi pandangan masyarakat terhadap golongan artis.
Bagaimanapun, Aiman Hakim telah memberi respons terhadap status Fathia, menafikan bahawa dia berhutang dengan Fathia.
Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Seterusnya dia menjelaskan bahawa dia menyekat Fathia kerana wanita itu menggunakan bahasa kesat:
Aiman juga mengucapkan terima kasih buat Netizen yang memahami.
Sebelum ini, Fathia pernah bercakap mengenai perkara ini dalam satu siaran langsung di Instagramnya.
Fathia dikatakan telah melaburkan wang berjumlah RM 20,000 untuk sejenis perniagaan di bawah Aiman Hakim. Bagaimanapun, pelaburan itu mengalami kerugian dan dia hanya menerima pulangan wang berjumlah RM 3,000.
Fathia dipercayai mahu Aiman memulangkan baki wang pelaburan tersebut. – beautifulnara.com