Aiman Hakim Ridza Kritik Penulis Skrip Drama?

Hiburan

Aiman Hakim Ridza Kritik Penulis Skrip Drama?

Tidak dinafikan nama Aiman Hakim Ridza kini cukup popular, hampir setiap drama ditayangkan di pasi nama beliau akan ada dalam dram tersebut. Bagaimanapun, Aiman dalam satu kenyataan kepada akhbar Utusan Malaysia mengakui beliau sudah penat dari segi mental dan melemahkan motivasi beliau sebagai seorang pelakon kerana membawakan watak yang hampir sama berulang kali.

Advertisement

Penat dari segi mental. Apabila dapat skrip yang hampir sama, motivasi sebagai seorang pelakon jadi lemah sebab kita tahu yang kita akan buat benda yang sama sampaikan dialog juga sudah boleh diramal. Balik-balik cerita sama.

Mengakui peluangnya untuk mendapat skrip yang lebih baik agak terhad, beliau  terpaksa menerima keadaan itu dan mengalihkan pandangan penonton menerusi cara lakonan yang disampaikan di kaca televisyen. Buat Aiman apa yang penting adalah kualiti sesebuah naskah dan bukannya kuantitinya.

Bagi saya kualiti adalah lebih baik daripada kuantiti. Sekarang saya akui, saya lebih bersikap memilih sebab saya mahu tampil dengan naskhah yang lebih segar dan berbeza daripada yang saya pernah lakukan sebelum ini.

Saya tak mahu skrip yang ada bersepah-sepah dalam pasaran tapi cerita benda yang sama, asyik fokus kahwin, kahwin, kahwin! Umpama memperlihatkan yang orang Melayu ini tak fikir fasal hal lain selain kahwin. Padahal banyak lagi isu yang boleh diangkat untuk dijadikan sebuah drama yang bagus.

Aiman mempercayai bahawa penulis skrip drama melayu mampu menghasilkan karya yang lebih baik daripada sekadar menulis cerita cinta klise dan tangkap muat semata-mata.

Pada masa yang sama, Aiman memberitahu beliau juga pernah menghasilkan skrip tetapi ia tidak sesuai untuk dijual kerana tidak memenuhi kehendak penonton dan pasaran.

Sebagai seorang pelakon mungkin Aiman Hakim Ridza mengharapkan skrip yang betul-betul mantap untuk dirinya, tidak salah untuk memberikan pendapat tetapi kami yakin penulis skrip juga diminta untuk menulis sesuatu yang boleh dijual. Jika penonton  suka disajikan dengan drama yang asyik-asyik mengenai perkahwin nak buat macam mana bukan?

Sumber Berita: Utusan Online

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...