June 14th, 2013

Aiman Hakim dan Nur Fathia memang sama cantik dan sama padan. Kalau bercinta, memang couple yang sedap mata memandang. Namun sehingga ke hari ini, hubungan mereka sekadar desas-desus dan masih tiada pengakuan daripada mana-mana pihak. Sama ada bercinta atau sekadar berkawan, masih tidak dapat dipastikan.

aiman hakim

Berkata kepada MalaysianDigest, Aiman Hakim enggan mengulas perkara ini kerana banyak pihak yang perlu dijaga hatinya. Kata Aiman:-

Ia macam nilah, saya sebagai artis dan apabila timbul cerita begini, hal ni sebenarnya melibatkan orang lain juga. Melibatkan ibu bapa dia (Fathia), ibu bapa saya dan banyak pihak lain lagi. Saya tak mahu komen sebab perkara ni penting untuk saya jaga hati banyak pihak. Saya baru berusia 24 tahun, dan pihak-pihak itu pula jauh lebih dewasa daripada saya. Jadi kalau saya bagi satu kenyataan atau komen, nanti merea akan terasa dan beranggapan lain. Pandangan orang berbeza-beza. Saya tak mahu singgung mana-mana pihak.

aiman dan fathia

Bagi Abang Nara, ini satu tindakan yang bijak daripada Aiman. Hormati orang tua. Kadang-kala orang muda memang terlepas cakap sehingga boleh menimbulkan rasa kurang senang. Abang Nara respek dengan keputusan Aiman. Kalau ada jodoh suatu hari nanti, tak lari ke mana Fathia tue. Hehehe.
nara delightsP.S: Tak lama lagi nak puasa dah kan? Mesti ramai nak buat kek untuk persiapan berbuka puasa. Apa kata korang cuba PREMIX Nara Delights nie? Mudah, tahan sehingga setahun dan ada pelbagai resipi (pavlova, red velvet dan macam-macma lagi). Paling penting harga berpatutan. LIKE Facebook CantikNara atau email ke [email protected] untuk info lanjut.


Comments are closed.

Loading...