Pasangan romantis, sama cantik sama padan, Aiman Hakim Ridza dan Zahirah Macwilson antara yang paling mendapat perhatian ramai.
Jatuh cinta di set penggambaran dan tidak lama selepas itu mengikat tali pertunangan serta sering mempamerkan kemesraan mereka, memang ramai diluar sana menjadikan Aiman dan Zahirah ‘couple goals’.
Bagaimanapun, baru-baru ini ada netizen yang mendakwa pasangan ini seakan ingin meniru ataupun menjadi klon pasangan paling hangat dan popular iaitu FattZura.
Malah, mereka turut menyertakan foto dimana busana yang dipakai oleh Aiman dan Zahirah mirip sekali dengan FattZura. Bagaimanapun, pasangan FattZura lebih eksklusif berbanding Aiman dan Zahirah.
Apa pula pendapat anda? Betul ke mereka ingin menjadi klon Fattah Amin dan Fazura.