Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Aiman Hakim Ridza Akhirnya Akui Bercinta Dengan Nur Fathia

Setelah sekian lama menafikan, menidakkan dan membuat kenyataan hanya “kawan biasa”, akhirnya Aiman Hakim Ridza tampil mengakui mempunyai hubungan percintaan dengan Nur Fathia sejak setahun yang lalu. Untunglah Aiman mendapat kekasih yang cun melecun, pandai dan menjadi idaman ramai jejaka. Semoga perhubungan mereka berkekalan sehingga ke jinjang pelamin. Harap-harap tidak putus di tengah jalan.

aiman dan fathia

Advertisement

Menariknya sebab Aiman menafikan hubungannya selama ini adalah kerana dirinya seorang yang tradisional dalam bab percintaan. Baguslah macam itu. Bukan senang nak cari orang macam Aiman. Selagi tak “confirm”, memang tak wajar untuk dicanangkan. Kata Aiman kepada Mstar Online:-

Benar hubungan kami sedang serius sejak setahun lalu dan sebelum ini saya mengelak menjawab pertanyaan itu kerana beranggapan ia tidak manis untuk diperkatakan secara terbuka. Percaya atau tidak saya seorang yang sangat konservatif dan ‘tradisional’ apabila berbicara perkara sebegini.

aiman dan fathia

Pastinya banyak jejaka dan gadis-gadis di luar sana yang kecewa dengan pengakuan ini. Bagi Abang Nara mereka berdua memang nampak serasi. Semoga hubungan ini akan disegerakan menjadi hubungan yang halal di sisi Islam. Sama-samalah kita doakan.

P.S: Toyota Previa dikurangkan harga

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top