Sama cantik dan sama padan, Aiman Hakim Ridza dan Zahirah Macwilson sering menjadi pujaan ramai dan dikatakan antara pasangan yang begitu sempurna serta serasi bersama.
Sedang bahagia melayari bahtera rumah tangga, pasangan ini begitu terbuka berkongsi kehidupan dan kemesraan mereka di Instagram. Baru-baru ini, mereka ada memuat naik foto terbaru mereka untuk kempen UNICEF.
Bagaimanapun, foto berkenaan menimbulkan rasa kurang senang netizen yang beranggapan pakaian Zahirah terlalu seksi.
“Tegurlah isteri, jaga maruah sebagai suami”
Mereka menegur Aiman sebagai seorang suami, harus mengajar isterinya untuk menutup aurat dan berharap agar Zahirah berpakaian lebih sopan.
Apa-apa pun, tidak salah untuk menegur asalkan dengan cara yang berhemah. Kita doakan yang baik-baik sahaja buat pasangan ini.