Aiman Hakim Dan Zahirah Macwilson Dedah Wajah Serta Nama Putera Sulung

Hiburan

Aiman Hakim Dan Zahirah Macwilson Dedah Wajah Serta Nama Putera Sulung

Selepas 2 bulan bergelar ibu bapa, pasangan Aiman Hakim Ridza dan Zahirah Macwilson akhirnya bertindak berkongsi gambar putera sulung mereka.

Memilih untuk merahsiakan wajah dan anak mereka sebelum ini, nampaknya keduanya sudah bersedia untuk mendedahkannya kini. Daripada entri itu, putera mereka diberi nama Isaac Raees.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aiman Hakim Ridza (@aimanhakimridza)

Bahkan, pasangan itu dilihat berdoa agar Isaac membesar dengan sihat, kuat dan baik. Malah sempat berseloroh supaya Isaac tidak membesar dengan cepat!

Bukan itu sahaja, pasangan romantik itu turut berkongsi akaun khas anak mereka bagi berkongsi momen indah Isaac dengan pengikut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat memuji kecomelan Isaac selain turut mendoakan dia membesar dengan baik.

Comel betul!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...