Debaran semakin terasa buat pasangan romantik Aiman Hakim Ridza dan Zahirah MacWilson yang bakal menimang cahaya mata pertama tidak lama lagi.
Kini sudah mencecah lapan bulan, pasangan tersebut dilihat telah menganjurkan sambutan ‘baby shower’ di samping keluarga tercinta yang bertempat di Perth, Australia.
Menulis kapsyen ringkat, Zahirah telah berkongsikan momen-momen istimewa itu menerusi Instagram miliknya buat tatapan peminat. Bertemakan warna putih dan jingga tidak seperti kebiasaannya, pelakon filem Bulan Dan Pria Terhebat ini turut memaklumkan bahawa kesemua hidangan serta pastri disediakan sendiri oleh ibunya, Maslinda Yusof yang juga merupakan seorang bekas cef.
View this post on Instagram
“Oh baby, terima kasih kepada semua yang mejayakan majlis baby shower ini, pasti akan diingati,”
Pasangan sama cantik sama padan ini walau bagaimanpun tidak mendedahkan jantina sebenar anak yang bakal dilahirkan nanti.
View this post on Instagram
Ketika meninjau ruangan komen, rata-rata peminat tampil meneka jantina bayi berkenaan dan ramai rakan artis dan pengikut Instagram Zahirah telah meneka bayi lelaki atas sebab yang tersendiri.
Mengimbas kembali, pada hujung bulan Oktober lalu, Aiman dan Zahirah telah berlepas pulan ke Perth, Australia bagi melahirkan anak sulung mereka di sana. Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dalam sebuah majlis tertutup bertempat di Petaling Jaya.