Aiman Buka Mulut Tentang Isu Ceraikan Siti Jamumall Dalam ‘Live’ – Saya Tegaskan, Ini Bukan Gimik..”

Trending

Aiman Buka Mulut Tentang Isu Ceraikan Siti Jamumall Dalam ‘Live’ – Saya Tegaskan, Ini Bukan Gimik..”

Pempengaruh yang juga merupakan suami kepada Siti Jamumall iaitu Khairul Aiman Abdul Kudus,22, menafikan dakwaan lafaz talak dan penceraian yang berlaku dalam rumah tangganya sebagai satu gimik.

Memetik laporan Harian Metro, Aiman berkata, dia juga tidak menjangka situasi itu akan berlaku di dalam rumah tangganya.

Advertisement

aiman dan siti jamumall

Berhubung dakwaan bahawa isu ini hanyalah satu gimik pemasaran, saya ingin jelaskan bahawa semasa siaran langsung malam kejadian, saya sendiri ada bertanya kepada Siti sama ada ini adalah untuk tujuan pemasaran.

 

Saya langsung tidak menjangkakan perkara itu berlaku. Saya baru pulang dari kerja, dalam keadaan penat dan sedikit tertekan malam itu. Jadi saya tegaskan, ini bukan gimik.

Aiman tak tahu kenapa Siti buat ‘live’

Dia turut memberitahu bahawa dia yakin perkara itu bukanlah satu gimik namun dia lebih memilih untuk tidak mengulas lanjut kerana menurutnya isu ini diperjelaskan oleh Siti.

aiman tak kisah

Kalau mahu tahu sama ada ia satu bentuk strategi pemasaran, kena tanya Siti kerana dia yang memulakan siaran langsung itu. Mungkin hanya dia yang tahu sama ada ia disengajakan untuk meningkatkan jumlah tontonan atau tidak.

 

Daripada pihak saya, saya yakin ini bukan gimik. Namun, saya tidak boleh bercakap bagi pihak dia. Saya juga tidak tahu jika saya dijadikan sebagai bahan untuk mencipta gimik. Itu saya tak pasti.

Keluarga tak sokong mana-mana pihak

Dalam pada itu, dia turut memberitahu keluarganya bersikap adil dan tidak menyebelahi mana-mana pihak.

ihak keluarga saya pula tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan tidak campur tangan dalam hal ini. Mereka menyerahkan sepenuhnya keputusan kepada saya.

 

Mereka tidak memuji atau menyalahkan sesiapa. Mereka hanya mahu perkara ini diselesaikan dengan baik, kerana bagi mereka, mencari solusi yang damai dan matang itu jauh lebih penting daripada terjebak dalam kontroversi.

Terdahulu, tular di media sosial apabila Aiman bertindak melafazkan talak kepada Siti yang disaksikan lebih daripada 25,000 penonton yang sedang menonton siaran langsung itu.

suami siti jamumall
3 days ago

"Ilmu Tak Ada, Alif Ba Ta Tak Tahu, Gagal Didik Isteri.." - Lafaz Talak Dalam 'Live', Suami Siti Jamumall Akhirnya Bersuara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...