“Aik, Aku Jugak Kena..” – Nama Sharnaaz Ahmad Kena ‘Petik’ Isu Caprice, Netizen Minta Beri ‘Sepatah Dua Kata’

Hiburan

“Aik, Aku Jugak Kena..” – Nama Sharnaaz Ahmad Kena ‘Petik’ Isu Caprice, Netizen Minta Beri ‘Sepatah Dua Kata’

Gara-gara namanya sering ‘dipetik’ netizen jika muncul isu-isu kontroversi berkaitan penyanyi rap Caprice, Sharnaaz Ahmad akhirnya tampil memberi respon mengenai perihal itu.

Meskipun hanya menjadi bahan gurauan netizen di media sosial, Sharnaaz dilihat tidak melenting meskipun ada yang cuba menyuruhnya untuk memberi komen mengenai isu hangat yang melanda dunia hiburan pada ketika ini.

Advertisement

Seperti satu hantaran Tweet di satu akaun Twitter ini, seorang individu telah menyebut bahawa nama-nama selebriti seperti Caprice, Sharnaaz Ahmad dan Azwan Ali merupakan artis yang masih belum bertemu buku dengan ruas.

Sharnaaz kemudian membalas Tweet tersebut dengan nada mengeluh.

Menjengah ke ruangan komen, ramai berasa terhibur dengan respon yang ditunjukkan duda anak seorang itu kerana tetap ‘dipetik’ meskipun tidak memberi respon terhadap isu semasa.

Sharnaaz Ahmad

Terdahulu, Sharnaaz Ahmad pernah tampil menegur Caprice di Instagram gara-gara kelantangannya memberi komen dan cubaan untuk menjadi ‘hero’ ketika isu seorang pendakwah selebriti yang didakwa melakukan gangguan seksual terhadap wanita menjadi hangat suatu ketika dahulu.

Selain itu, kami kongsi artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Mydin Caprice
2 years ago

"Komen Memang Netizen Tag Nama Saya" - Caprice Akan Teruskan Saman Terhadap Bos Mydin?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...