Aidilfitri Ini, Proton X70 & Wang Tunai RM100,000 Boleh Menjadi Milik Anda Dengan Mengikuti 3 Langkah Mudah Ini

Hiburan

Aidilfitri Ini, Proton X70 & Wang Tunai RM100,000 Boleh Menjadi Milik Anda Dengan Mengikuti 3 Langkah Mudah Ini

Amboi. Boleh tahan keletah Azri Iskandar dan si “Instafemes” Norreen nie dalam video Ramadan Raya Bergaya Yeo’s. Kelakar gila kot. Memang makin terasa kehadiran Ramadan selepas melihat gelagat mereka nie!!!

Advertisement

Ramadan memang menyeronokkan kerana selain dapat melakukan ibadah seperti solat tarawih, sahur dan qiyamullail, kita juga dapat bertukar-tukar juadah berbuka puasa dengan jiran-jiran. Silaturahim bertambah erat, juadah berbuka pun bertambah banyak. Memang best!!!

jangan tukar ikut Whatsapp je, pergilah ketuk pintu rumah jiran korang tue

Tahun ini, selain daripada menghantar lauk berbuka seperti tomyam, sup ayam dan daging goreng, minuman Yeo’s akan turut dimasukkan ke dalam ‘list’ tersebut. Sebabnya mulai 15 April sehingga 9 Jun 2019, Yeo’s sedang menganjurkan peraduan Raya Bergaya yang menawarkan hadiah utama sebuah Proton X70.

Selain itu, setiap minggu selama 8 minggu, 25 pemenang akan dipilih untuk membawa pulang duit raya bernilai RM500. Jumlah hadiah kesemuanya bernilai RM200,000. Memang raya bergaya sungguh kalau menang!!!

Eh, eh, korang pun excited nak join peraduan Yeo’s Raya Bergaya nie? Iyerlah siapa tak nak bergaya dengan kereta baru di pagi raya kan? Ok, ,ok. Abang Nara kongsikan step by step apa yang perlu dilakukan untuk menyertai peraduan ini. Mudah je caranya. Hanya ada 3 langkah sahaja:-

Langkah 1

Beli produk Yeo’s/Cintan/Tong Nam. Salah satu pembelian mesti wajib minima satu minuman Yeo’s dalam botol. (1 resit = 1 penyertaan peraduan)

Langkah 2

WhatsApp gambar resit rasmi dengan (Nama Penuh, Nombor Kad Pengenalan & Nombor Resit Rasmi) kepada 012-2124873. Gambar itu biar jelas nama kedai, tarikh, nombor resit rasmi, kuantiti dan nilai pembelian. Jangan hantar gambar kabur nanti penyertaan anda ditolak.

Langkah 3

Simpan resit rasmi yang telah dihantar gambar sebentar tadi untuk tujuan pengesahan. Pihak Yeo’s akan menghubungi anda sekiranya anda terpilih sebagai pemenang.

antara produk Yeo’s yang korang boleh beli. Perlu diingatkan minuman dalam botol Yeo’s wajib dibeli sekurang-kurangnya 1 botol untuk melayakkan diri menyertai peraduan ini

Ha, kalau korang tengok gambar di atas, mesti dah perasan bahawa air soya Yeo’s kini dah ada dalam botol 1 liter. Selain daripada mudah dialih dan disimpan, botol baharu Yeo’s 1 liter ini juga mengekalkan kesegaran minuman di dalamnya, tidak tumpah dan boleh dikitar semula. Memang sesuai sangat untuk dijadikan hidangan seisi keluarga ketika bersahur dan berbuka. Hilang terus rasa haus di tekak tue. Segar bugar badan dibuatnya selepas seharian penat berpuasa. Bolehlah beli banyak-banyak untuk dijadikan stok sepanjang bulan Ramadhan macam family dalam video di bawah ini buat:-

Jadi tunggu apa lagi? Sertailah peraduan Yeo’s Raya Bergaya ini dengan segera. Manalah tahu rezeki korang murah bersempena bulan Ramadhan ini. Maklumat lanjut dan informasi lengkap boleh dibaca di http://www.yeos.com.my/yeos-peraduan-raya-bergaya/ dan juga Facebook Yeo’s Malaysia. Semoga berjaya dan selamat berpuasa!!!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...