Aidil Zafuan Nafi Tidak Jenguk Anak, Akan Beri Hak Penjagaan Pada Rita

Aidil Zafuan Nafi Tidak Jenguk Anak, Akan Beri Hak Penjagaan Pada Rita

Selama ini Aidil Zafuan tidak banyak memberikan kenyataan tentang perkahwinannya yang dikatakan bermasalah dengan dengan Rita Rudaini. Bagaimanapun, dia telah dipetik oleh Berita Harian sebagai berkata:-

Memang saya ada failkan sesuatu (permohonan cerai) melalui peguam di Mahkamah Petaling Jaya. Saya pun sudah maklumkan dengan dia (Rita) mengenai perkara itu dan Rita meminta supaya dipercepatkan.

Saya serahkan kepada peguam menguruskan perkara itu.

Dia yang kini beraksi dengan pasukan Tentera dalam saingan Liga Malaysia turut memberitahu, sudah memaklumkan mengenai perkara itu kepada Rita melalui SMS.

Namun, bekas pemain bola sepak Negeri Sembilan itu menafikan dakwaan Rita yang mengatakan dia mengabaikan tanggungjawab keluarga terutama dua anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 3 dan Airit Rafqa Arjuna, 11 bulan.

Saya terkejut apabila dia (Rita) mengatakan saya tidak menjenguk anak-anak. Semuanya tidak benar. Minggu lalu saya baru pulang, malah setiap hari saya menghantar SMS kepadanya bertanyakan khabar anak tetapi dia (Rita) tidak balas.

Saya masih waras dan tidak akan meninggalkan mereka (anak-anak) begitu saja, saya tahu akan tanggungjawab sebagai bapa mereka.

Dalam satu laporan berbeza oleh Media Hiburan, dalam nada suara yang bergetar, Aidil turut berkata akan menyerahkan hak penjagaan anak-anak pada Rita kerana anak lebih rapat dengan ibu mereka:-

Saya masih bapa kepada anak-anak saya dan saya akan jalan tanggungjawab saya sebagai seorang bapa.

Advertisement

Pun begitu, jika hak penjagaan diserahkan kepada Rita, Aidil berharap agar dia turut diberi kebebasan untuk bertemu dan bermalam dengan anak-anaknya bila-bila masa tanpa syarat.

***

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

383 Comments

  1. natural beauty

    April 20, 2012 at 10:14 pm

    1) bg sy,rita xpenah kawen lari..pernikahannya sah dr hukum syarak sbb berwalikan abg kandungnya sendri (wali yg sah),saksi yg sah (dr keluarga terdekat-of course family rita),ade mas kahwin & wang hantaran dr aidil. cume pernikahan mereka dilakukan di luar kariah (kawasan) atas alasan tidak mendapat restu dr keluarga aidil.

    2)dr pemerhatian sy(klu xsilap),aidil mmg bnyk mengabaikan tanggungjawab nya pd anak2 & isteri sbb most of her (rita) daily routine with rayyan & arjuna dilakukan tanpa aidil di sisi wlaupun masa anak dorg(not sure rayyan @ arjuna) admit ward..nampak sgt aidil lepas tgn kat anak2…

    3)klu xsilap, rita ade mengadu hal rumah tangga nya pd bapa mertuanya dgn harapan ayah aidil itu dpt memberi nasihat & pandangan ttp gagal…

    4)mmg dr segi agama,tidak elok membuka aib suami & keluarga pd org luar..ttp jika aib isteri sendri suami tidak boleh nak jaga, xkan isteri nak berdiam diri & mengiyakan shj?

    5)aidil sepatutnya berusaha merapatkan hubungan familnya & rita…jgn salahkan rita xnak jenguk mertua kalau aidil sendri pon balik kampung senyap2 tanpa pengetahuan rita…

    6)untuk rita,lepas ni xpyahla bg sebarang kenyataan balas lg…awak tenangkan fikiran,muhasabah diri & jaga diri & anak2 shj..awak jwb shj di mahkamah nnt…biar kan aidil dgn kisah sang kancil nya…insyaallah,allah sentiasa berpihak dgn org2 yg benar…

    7)untuk aidil & family,org malaysia skrg bukan bodoh…mereka xkan percaya dgn ape yg kamu katakan shj…walluhaalam…

  2. benci jantan durjana

    April 19, 2012 at 6:21 pm

    baca kat forum aidil gile kan gadis E dari pantai timur??nie ke punce nye??

  3. copkus

    April 19, 2012 at 1:02 pm

    budak sgt si aisil tu, cakam cam poyo matang, tindakan mcm budak sekolah. lupa ker dulu ko penah gilakan si rita tu. bila dah dapat, dah bosan, kua buang dia mcm sampah. kalau yer pun x reti hanle maslaah, cari la orang tengah yang x ada kena mengenai dgn korang.bukan aper, elak bias jer. ni x, pg cari kembar ko, ipar ko, aper la bijak sgt tindalan ko ni aidil. buruk2 pun, rita tu bini ko ibu pada anak2 ko! punya susah korang nak kahwin, senag2 jer ko nak cerai dgn anak yang masih kecik2. x kesia ker tengok muka anak2?????aku yang orang luar ni pun nak nagis tengok muka anak2 ko yang x tau apa2. Dari cara ko buat ni nampak sangt ko x matang, cakap jer poyo matang, padahal ko budak yang baru nak belajar kenal dunia,bukan nak sgt comitted dgn tanggungjawap.sebab tu ada masalah ko lari merata. aku x terkejut pun tindakan jantan mcm ko ni, belambak atas dunia, semua tu dok tunggu turn bala dari tuhan jer, lambat dgn cepat jer. Ingat sikit, hari ni ko buat orang, sampai masa turn ko pulak.Allah ada!

    harap rita tabah, pk positif untuk anak2. memang perit,berat mata memandang, berat lagi bahu memikul! jgn peduli apa orang cakap. muka cun, body cam anak dara lagi, banyak yang menanti. pilih yang baik2 sementara ada pilihan.sebab tu ramai pempuan muda sekarang suka lelaki berumur kot?matang???? duit??? wajip lah tu kan :-) jgn jadi hamba duit dah ler, ingat halal haram kan?chowwwwwww..

  4. kepochi adek2 melaka

    April 18, 2012 at 1:39 pm

    stuju ngan kak rita klua kan statement ari tuu.. korang sng nak judge die..tu la kawen kat siam..xdpt restu mentua.. slamber jer kak rita jawab.. abis yang kawin kat msia nie.. cerai berai jugak.. btol jugak tuuu.. nie smua da takdir..x bleyh nak slahkan sesiapa.. korang jangan senang2 judge orang kalau korang xder kat tmpat diorang.. :)

    aper2 pon..kat rita tetap cantik.. even tanpe mekap.. xmacam ayu raudhah..mekap 15inci pon ttp nmpak jerawat batu tu…

    ops! tercarut kat ayu plak :)

  5. marianne

    April 18, 2012 at 12:34 am

    Kembar Aidil ni dan bini dia si bodoh tu yang lebih2,dan ibu bapa Aidil tu, apa punya parents pun tak tahu, siapa tak kenal adik Rozita Che Wan ni keluarga dia pun huru hara cerai berai. Che Ita ni pun dulu cerai sbb mertua pun tak suka, gila meroyan 24jam nak bermekap,buang sampah pun mesti mekap. Dlm Airline dulu pun org mengata sebab bodoh tak reti kerja,sbb ada rupa kawinlah dgn pilot tapi tak kekal sbb perangai ,laki pun tak tahan. Jadi kpd si bodoh tu siapa….adik dia tu Raudhah?tungu balasan Allah swt ,belum tentu perkahwinan kau akan kekal, kau telah meruntuhkan masjid Rita dan Aidil. Hey…Allah swt bagi cash skrg tak payah tungu kau mati. What goes around comes around stupid, and to Aidil too, Allah swt is the greatest

Loading...