May 27th, 2015

Kalau dibuat drama slot Akasia kisah Rita Rudaini dan Aidil Zafuan ini, Abang Nara rasa memang meletup ratingnya. Fuh!!! Penuh dengan kontroversi, sensasi dan misteri. Tak tahu pihak mana satu yang bercakap benar. Masing-masing ada fakta tersendiri. Pandangan Abang Nara, buat pasangan suami isteri yang sudah berkahwin (lebih-lebih lagi yang ada anak), cubalah sebaik mungkin mengelakkan penceraian kerana ia hanya memberikan impak negatif kepada anak-anak kita.

aidil zafuan

Kalau sebelum ini Rita memaklumkan diganggu berkali-kali oleh satu nombor misteri, Aidil pula tampil memaklumkan hanya menelefon bekas iterinya itu menggunakan nombor Zarema sekali sahaja. Malah Aidil turut berkongsi cerita sedih apabila dirinya yang datang dari Johor dihalang bertemu anak-anak sempena hari jadi mereka. Pasti hati Aidil sedih ketika itu. Terang Aidil:-

Malam itu, saya cuma menghubunginya sekali sahaja. Saya rasa tidak pernah mengganggunya. Malah, isteri saya pun tidak ada menghubunginya. Tidak ada guna isteri saya mahu mencarinya tanpa ada sebab.

Tidak! (tak lupa tanggunjawab) Saya sudah banyak kali menghubungi anak. Setiap kali menelefon, pasti tidak berjawab. Saya hanya menghubungi Rita kerana hal anak-anak. Kali terakhir saya hubungi bila mahu berjumpa anak kedua semasa hari jadinya. Dua minggu sebelum, saya sudah ingatkan Rita untuk bertemu anak-anak.

Tetapi apabila tiba hari kejadian, pengawal keselamatan tidak membenarkan saya memasuki rumah Rita dan Rita juga memberitahu mereka tidak berada di rumah. Saya sangat kecewa kerana inisiatif saya dari Johor untuk berjumpa anak tidak kesampaian. Saya masih lagi simpan hadiah hari jadi anak. Saya mahu berjumpa dia sendiri.

Biarlah. Itu terpulang kepadanya. (Rita tak maafkan Aidil) Saya memang sudah puas dihentam peminat-peminat Rita. Tapi, saya bersabar. Saya juga sudah memandang ke depan bersama kehidupan baharu saya.

aidil rita

Fuh!!! Sebenarnya yang menjadi mangsa dengan pertelingkahan mereka adalah anak-anak. Kesian anak-anak tak dapat kasih sayang seorang ayah. Itu yang Abang Nara respek apabila ada pasangan suami isteri bercerai, tetapi masing-masing tidak melupakan tanggungjawab sebagai ibu dan ayah. Sanggup tidak bergaduh demi masa depan anak-anak. Namun pastinya Rita dan Aidil ada alasan mereka yang tersendiri. Asalkan bahagia dan gembira, cukuplah. Sumber Utusan Malaysia.

ridskinP.S: Ekslusifnya kotak Ridzskin Expert Whitening nie. Sesuai sangat dengan kelebihan menggunakannya. Confirm kulit lebih cerah, lindungi kulit daripada sinaran UV, boleh dibawa solat dan paling penting HALAL. Satu kotak boleh guna sehingga 2,3 bulan. Berbaloi sangat-sangat. Beli sekarang di Facebook Ridzskin Official atau follow mereka di Instagram Ridzskin.

 


Comments are closed.

Loading...