Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Aidil Zafuan Hanya Mampu Beri RM20 Sehari Kepada Rita Rudaini

Pemain bola sepak Aidil Zafuan mengakui hanya mampu untuk memberi RM 20 sehari bagi perbelanjaan makan dan minum berbanding jumlah RM 50 seperti yang dituntut oleh bekas isterinya, Rita Rudaini ketika perbicaraan kes mereka diadakan di Mahkamah Tinggi Syariah  Shah Alam pagi tadi.

Advertisement

Jelas Aidil, wang RM 20 tersebut dibahagikan kepada RM 10 untuk perbelanjaan makan siang dan RM 10 lagi untuk sebelah malam., Ketika disoal peguam syarie yang mewakili Rita, Datuk Mohd Zaidi mengenai kos perbelanjaan sarapan, minum petang dan makan lewat malam dituntut bekas isterinya itu,  Aidil menjawab, Rita jarang makan selain tengah hari dan malam.

Aidil juga membantah cadangan Mohd Zaidi untuk memperuntukkan RM43 sehari sebagai perbelanjaan makanan harian untuk Rita  kerana ia di luar kemampuan dirinya dan turut menegaskan hanya mampu memberi RM1,000 sebagai perbelanjaan tersebut setiap bulan berbanding RM1,500 sebulan yang dituntut Rita.

Ketika ditanya mengenai kos perbelanjaan lain seperti bil langganan Astro yang dituntut oleh Rita, Aidil memaklumkan Astro bukanlah sesuatu yang wajib untuk dilanggan. Malah seseorang tak akan mati kalau tiada Astro dan turut memberitahu bahawa beliau tidak pernah menyuruh Rita membatalkan langganan bulanan Astro berkenaan.

Selain daripada itu, Aidil turut mengaku tidak pernah membawa bekas isterinya itu untuk makan diluar, membelikan pakaian untuknya dan tidak pernah membeli bahan mentah untuk dimasak oleh Rita .

Hakim Syarie Mawardi Che Man yang mendengar prosiding kes tersebut menetapkan perbicaraan bersambung 14 September ini.

Sumber Berita: Utusan Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top