Aidil Zafuan Dakwa Tidak Kenal Tengku Fiella

Aidil Zafuan Dakwa Tidak Kenal Tengku Fiella

Berita yang hangat pagi ini mengenai dakwaan Nazmi Faiz yang bekas kekasihnya yang dikenali dengan nama Tengku Fiella menjalinkan hubungan dengan Aidil Zafuan telah disangkal sendiri oleh suami Rita Rudaini itu melalui MH Online.

Advertisement

Aidil membuat penafian itu melalui kiriman SMS yang dihantar kepada Editor Media Hiburan. Aidil menambah yang dia tidak kenal Nazmi secara rapat dan tidak tahu mengapa namanya dikaitkan dalam situasi ini.

Biarlah orang nak cakap apa, saya tahu apa saya buat, kenal pun tidak, tiba-tiba dikaitkan dengan berita seperti ini.

Aidil turut memberitahu dia akan menghubungi Nazmi sendiri untuk mendapatkan penjelasan.

Begitu pula cerita pihak Aidil. Sekarang kita tunggu penjelasan Nazmi pula jika ada. Manalah tahu kalau-kalau dia ada bukti untuk mengukuhkan dakwaannya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...