Aidil Zafuan Bengang Dituduh Terlibat Dengan Skandal Rasuah

Hiburan

Aidil Zafuan Bengang Dituduh Terlibat Dengan Skandal Rasuah

Baru-baru ini Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail dalam satu sidang akhbar ada mendedahkan beberapa bekas pemain JDT yang dibuang kerja kerana terlibat dengan aktiviti bookie iaitu skandal dalam mengatur sesebuah perlawanan.

Walaupun TMJ tidak menyebut nama pemain tersebut tetapi beliau ada memberi sedikit bayangan siapakah gerangan individu yang dimaksudkan. Peminat mula berteka-teki siapakah yang sanggup berbuat begitu dan telah mencalarkan imej JDT, tiba-tiba ada pula pihak yang mengaitkan nama Aidil Zafuan dalam skandal itu.

Advertisement

Berang dengan tuduhan tidak berasas kepada dirinya, Aidil menerusi kemaskini terbaru di akaun Instagram miliknya telah memuat naik perbualan berunsur fitnah tersebut yang sedikit sebanyak mampu menjejaskan karier beliau bersama pasukan JDT.

Malah, Aidil menyatakan beliau tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap  individu yang telah menabur fitnah terhadap beliau.

Semua tahu rezeki Aidil Zafuan hanya bergantung kepada bola sepak sahaja, janganlah cepat menuduh seseorang tanpa bukti yang kukuh sehingga mampu menjatuhkan maruah mereka, apatah lagi Aidil merupakan seorang pemain yang dikenali dan mempunyai pengaruhnya tersendiri.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...