Written by AbangNara | December 12th, 2013

Kalau sudah jodoh, sudah pasti tak ke mana. Setelah berpisah dengan Rita Rudaini, nampaknya Aidil Zafuan sudah pun mempunyai perancangan untuk berkahwin sekali lagi. Terkejut juga apabila Abang Nara membaca informasi di MediaHiburan yang menyatakan Aidil bakal berkahwin Mac 2014 depan. Agak cepat namun perkara baik memang harus disegerakan. Tak elok tangguh-tangguh.

aidil kahwin zarema

Apabila ditanya mengenai kesahihan berita ini, Aidil Zafuan berkata:-

Mana tahu ni? Insya-Allah, jika menjadi kenyataan saya akan jemput. Namun sama ada bulan Mac atau sebaliknya, saya enggan maklumkan dahulu. Lagi cepat lagi bagus

aidilDitanya sama ada Zarema Zainal adalah si gadis yang bakal menjadi isterinya, Aidil sekadar menjawab “Tunggu kadnya ya” sambil ketawa. Malu-malu kucing nampaka Aidil. Kata orang, kalau malu-malu nie betul lah tue. Apa pun, semoga segala perancangan Aidil akan berjalan dengan lancar. Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan atas berita gembira ini.

165 responses to Aidil Zafuan Bakal Nikahi Zarema Zainal Mac 2014?

  1. […] Aidil Zafuan Bakal Nikahi Zarema Zainal Mac 2014? (164) […]