Aidil Tidak Tuntut Hak Jagaan Anak, Hanya Mahu Tangguh Sulh

Hiburan

Aidil Tidak Tuntut Hak Jagaan Anak, Hanya Mahu Tangguh Sulh

rita rudaini aidil

Semalam kami ada keluarkan berita yang menyatakan Aidil ke mahkamah untuk membuat tuntutan menjaga anak berdasarkan laporan dari Harian Metro. Rupa-rupanya apa yang dilaporkan oleh Harian Metro tidak tepat. Aidil memang ke mahkamah tetapi bukan untuk membuat tuntutan menjaga anak. Dia cuma mahu menangguhkan sulh(perbincangan) yang telah dibuat Aidilfitri lepas.

Advertisement

[note]Semasa Hari Raya Aidilfitri lepas saya ada buat permohonan ini (sulh) kerana tiada jalan lain untuk saya mendapat nasihat tetapi sekarang hubungan saya dengan Rita semakin baik. Disebabkan itulah saya perlu membuat penangguhan tersebut melalui peguam saya agar tidak menyusahkan pihak mahkamah nanti.[/note]

Perkataan penting di kenyataan di atas ialah “sekarang hubungan saya dengan Rita semakin baik“. Kami harap perkara ini tak berpanjangan memandangkan Rita pun sedang mengandung anak yang kedua. Untuk makluman, Aidil sengaja tidak mahu membatalkan sulh sebab tak mahu susah-susah daftar semula sekiranya wujud masalah semula.

Rita Rudaini pula kini nampaknya mula lembut hati dan mula menurut kehendak suaminya:-

[note]Saya sayangkan Aidil sepenuh hati dan tiada sedikit pun perasaan benci terhadapnya. Jika tindakan Aidil itu baik, saya turutkan kehendak dia.[/note]

Terharu kami melihat sikap toleransi kedua-dua pihak dalam hal ini. Inilah yang kami doakan selama ini. Gaduh gaduh juga tapi janganlah sampai bercerai berai. Kami akan terus doakan agar kebahagiaan menjadi milik Rita Rudaini dan Aidil. Sumber Mstar.

P.S: Ceriakan hari anda dengan status Facebook yang lawak-lawak.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...