Aidil Tidak Berikan Baju Raya, Duit Raya Dan Belanja Raya Untuk Anak-Anak Tahun Ini – Rita Rudaini

Hiburan

Aidil Tidak Berikan Baju Raya, Duit Raya Dan Belanja Raya Untuk Anak-Anak Tahun Ini – Rita Rudaini

Sudah beberapa tahun Rita Rudaini bergelar ibu tunggal dan menyambut Syawal bersama dua orang anaknya iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.  Namun, mereka bertiga tetap gembira bersama.

Advertisement

Walaubagaimanapun, Rita baru-baru ini ada meluahkan rasa terkilan terhadap sikap bekas suaminya Aidil Zafuan yang langsung tidak memberikan baju raya, duit raya mahupun belanja raya buat anak-anak mereka itu.

Rita tidak berniat ingin meminta-minta, tetapi mahu mengingatkan Aidil tentang tanggungjawab seorang bapa meskipun mereka sudah berpisah.

Tak ada pun baju raya, duit raya atau belanja raya yang diberikan oleh bapa mereka tahun ini. Bulan Syawal pun akan habis beberapa hari lagi tapi apa pun Aidil tak beri pada mereka.

Dia beruntung kerana anak-anak masih kecil dan tidak pernah bertanyakan hal tersebut tetapi alangkah manisnya jika dia turut sama memikirkan dua permata hatinya untuk sama-sama gembira di hari lebaran.

Buat Rita ini bukan kali pertama Aidil melupakan tanggungjawab terhadap anak-anaknya. Sebelum ini, Aidil pernah memuat naik gambar beg kertas mengandungi baju raya untuk kedua anak lelakinya itu, tetapi sehingga hari ini baju tersebut tidak pernah diberikan.

Susah nak cakap hal macam ini sebab bukan kali pertama anak-anak tak menerima apa-apa sebaliknya sejak dahulu lagi. Tapi tak mengapa, saya masih mampu lagi bekerja dan memberikan mereka kelengkapan.

Dahulu dia pernah memuat naik di laman sosial gambar beg kertas yang kononnya mengandungi baju raya untuk anak-anak. Sampai ke sudah tak dapat pun. Jadi tak ada apa lagi yang boleh diharapkan untuk mereka.

Mungkin ada yang merasakan Rita Rudaini seakan tidak puas hati lagi dengan tuntutan yang dibuat terhadap Aidil dan masih ingin menjaja masalah beliau bersama bekas suaminya itu. Namun, kali ini mungkin kami setuju dengan kenyataan Rita bahawa Aidil haruslah berlaku adil terhadap anak-anaknya. Janganlah sudah ada yang baru yang lama dilupakan. Jika benar apa yang dikatakan Rita itu, kami harap Aidil sedar akan tanggungjawabnya terhadap Rayyan dan Arjuna.

Sumber Berita : Utusan Malaysia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...