May 22nd, 2015

Rita Rudaini menyifatkan tindakan bekas suaminya Aidil Zafuan yang membuat laporan polis terhadapnya di Balai Polis Nusajaya, Johor Bahru semalam hanyalah sandiwara semata-mata dan masihh keliru dengan motif sebenar beliau berbuat demikian.

Jelas Rita, beliau tidak kena mengena dengan isteri Aidil sekarang iaitu Zarema Zainal dan mempersoalkan mengapa Zarema hatus menyimpan nombor telefon bimbitnya.

Saya tak dedahkan pun nombor yang tertera di laman Instagram itu milik siapa. Tapi dia (Aidil) dengan sendirinya memberitahu itu nombor isterinya. Kenapa pula isteri dia perlu menyimpan nombor saya di dalam telefon bimbitnya sedangkan antara kami tiada kaitan. Tak perlulah nak simpan nombor saya

Saya tak angkat panggilan nombor berkenaan yang didakwa nombor isterinya. Panggilan berkenaan dilakukan menerusi aplikasi WhatsApp dan bukannya panggilan biasa.

Menyedari perkara tersebut agak memalukan, Aidil sebelum ini pernah memberi alasan bahawa beliau mahu menjemput Rita ke acara yang membabitkan keluarganya. Malah, pemain bola  sepak itu sudah lama mengetahui bahawa Zarema sering menganggu Rita.

Tak kiralah nak jemput saya ke majlis cukur jambul ke atau majlis sembelih lembu berekor-ekor sekalipun, kenapa tak hubungi dengan panggilan biasa atau hantar mesej sahaja? Saya tak faham sandiwara apa pula yang cuba kedua mereka lakukan terhadap saya.

Dia sendiri mengaku kepada saya isterinya suka mengganggu saya. Isterinya pernah berpuluh kali menghubungi saya. Saya pun tak tahu apa motif isterinya nak buat begitu. Dia pernah cerita perangai isterinya sejak mereka belum berkahwin lagi.

Walaubagaimanapun, Rita tidak gentar dengan apa yang dilakukan oleh Aidil dan Zarema kerana mempercayai Allah SWT itu maha adil lagi mengetahui.

Sumber Berita: Berita Harian

 

 


Comments are closed.

Loading...