Aidil Masih Belum Bayar Wang Mutaah RM30,000 Kepada Saya – Rita Rudaini

Hiburan

Aidil Masih Belum Bayar Wang Mutaah RM30,000 Kepada Saya – Rita Rudaini

Meskipun sudah memenangi kes tuntutan mutaah terhadap Aidil Zafuan bernilai RM30,000 iaitu 10% dari tuntutan asal Rita Rudaini sebanyak RM300,000, aktres itu mendedahkan bekas suaminya itu sehingga kini masih belum melangsaikan jumlah tersebut kepadanya.

Advertisement

Jelas Rita, wang tersebut harus dibayar kepadanya oleh Aidil sejurus selepas Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam mengeluarkan perintah agar Aidil menyelesaikan jumlah mutaah itu.

Saya masih tidak dapat apa-apa bayaran untuk wang mutaah saya. Saya pun tak tahu mengapa dia masih tidak melangsaikannya lagi sedangkan dia sendiri pernah berkata tidak mahu berhutang dengan sesiapa dan mahu segera selesaikannya. Sepatutnya dia sudah mula membayarnya kerana surat daripada mahkamah pun sudah dihantar.Sekarang ini hanya menunggu dia untuk selesaikannya sahaja.

Dalam perjuangan Rita untuk menutut mutaah itu, pelbagai kritikan yang beliau terima. Ada yang melabelkan beliau sebagai mata duitan dan ada juga yang menganggap Rita masih menyimpan dendam terhadap Aidil dan tidak senang melihat kebahagiaan beliau bersama Zarema Zainal kini.

Buat Rita, beliau bukan tidak mahu teruskan kehidupan dan tidak pandang lagi ke belakang tetapi apa yang belia lakukan adalah demi memberikan kesedarakn kepada kaum lelaki untuk tidak mengabaikan tanggungjawab mereka.

Sebelum ini saya tahu ramai wanita di luar sana yang tidak suka saya buat begini, ada yang kata saya tidak boleh move on lagi, tapi sekarang kebanyakkan mereka sudah sedar akan tujuan saya melakukan tuntutan tersebut.

Saya bukan tak move on tetapi saya ada harga diri dan saya nak move on dengan cara saya iaitu cara terhormat dan memberitahu pihak lelaki yang kita juga ada maruah.

Mahkamah sebelum ini memerintahkan Aidil Zafuan untuk membayar mutaah  RM30,000 selepas mendapati Rita Rudaini bukanlah punca kepada penceraian mereka. Mereka berpisah apabila Aidil pada mulanya keluar daripada rumah mereka tanpa pengetahuan Rita.

Sumber Berita: Murai

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...