Semalam berita tentang isteri pengacara dan aktor Fikry Ibrahim iaitu Siti Khalizah memfailkan permohonan cerai menjadi bualan hangat di media sosial.
Ramai peminat industri hiburan terkejut dengan perkhabaran itu kerana mereka adalah pasangan yang tidak terlalu menunjuk-nunjuk dan baru empat bulan mendirikan rumah tangga.
Fikry sebelum ini akui tidak tahu tentang permohonan cerai itu namun tetap profesional dan hadir untuk bekerja di studio untuk siaran langsung Melodi TV3.
Bagaimanapun, tindakan pengacara bersama, Ain Edruce bertanyakan soal rumah tangga dan tentang berita permohonan cerai itu ketika rancangan tersebut menerima kritikan sesetengah pihak.
Menerusi video di Instagram, Fikry sedang melontarkan skripnya sebelum Ain memberhentikan aktor itu dan terus bertanya.
View this post on Instagram
Meskipun Fikry bersikap profesional dan tidak ‘lari’ daripada menjawab soalan itu namun ada yang berpendapat Ain tidak sepatutnya bertanya soal peribadi.
Dalam pada itu, ruangan komen juga turut dipenuhi dengan netizen yang mendoakan agar urusan Fikry dan Siti Khalizah dipermudah.
Menerusi Melodi juga, Fikry menjelaskan bahawa isterinya sudah ke mahkamah untuk menarik semula kes dan memaklumkan hubungan mereka baik-baik sahaja.