Majlis kahwin bukannya parti liar, itulah kata-kata orang ramai yang melihat video tarian separuh bogel yang ‘disajikan’ kepada tetamu di majlis resepsi perkahwinan pelakon dan model Ahya Rosli yang diadakan pada Sabtu lalu.
Rata-rata netizen mengkritik tarian agak lucah itu sangat tidak sesuai untuk majlis tersebut yang bertemakan tradisional Melayu selain memberikan pengaruh kepada masyarakat.
Majlis Kahwin kot… Bukan nya party liar… ??????????????????????????????????????????????????
Agak2 laaaa, baik la kau jemput penari zapin.. pic.twitter.com/7Os0KZjGRW— ieymanLee’s™ (@thisisieymanlee) April 6, 2019
Ahya menjemput seorang lelaki yang menyerupai wanita, berpakaian seksi dan sangat lincah menari dengan gaya tidak senonoh di depan tetamu.
Bagaimanapun, Ahya berkata beliau tidak melakukan kesalahan dan persembahan itu hanya sekadar hiburan sahaja. Sepatutnya, ia tidak perlu jadi satu isu yang besar.
Terpulang pada diri saya sendiri dan saya ada hak untuk buat apa pun sebab ini majlis saya. Lagipun saya yang keluarkan duit, bukan netizen.
Jadi orang mahu cakap apa sahaja, saya tidak kisah. Bagi saya orang yang mengkritik itu tiada kerja lain mahu buat selain mengganggu hidup orang lain.
Mungkin juga beliau rasa, pada zaman serba moden ini, kenalah ada kelainan dalam majlis perkahwinan, tetapi nampaknya bukan biasa-biasa bentuk hiburan Ahya untuk tetamu. Apa-apa pun, kita doakan yang baik-baik sahaja dan semoga rumah tangga yang dibina berkekalan.
Anonymous
April 8, 2019 at 12:21 pm
Jemput orang datang majlis perkahwinan untuk doakan kita bahagia sampai syurga..tapi yang dapat kata2 yang tak baik..moga2 sempat la berubah sebelum terjadi apa2..
Anonymous
April 8, 2019 at 12:01 pm
kalau aku kt depan tu, aku baling telor dn lauk kat situ..atau muntah aku…
damai
April 8, 2019 at 11:51 am
majlis fasha, nely dan bella, selamat x over, sejuk aja, penuh dgn adat dan adab, ini kalau betul nak buat that type of show, buat lah acara tertutup, bukan majlis ada budak2 dan makcik-pakcikd, dato-nnk, pasal x sesuai kerana kalau Allah nak turunkan bala, org yg x terlibat pun terjejas sama.
Anonymous
April 8, 2019 at 11:30 am
Benda mcm ginilah yg buat semua gay yg nak berubah tak pasal2 kena kutuk berjemaah.. Padahal yg salah si yg menjemput tu. Kalau tak jemput n bagi duit, takde lah tarian maksiat ni. Gay ni pon bodoh. Org tu jemput kau buat tarian tu sebenarnya tgh malukan kau 1 malaysia. Dia dok nikah dgn prmpn, kau terjoget2 buat malu. Apalah. Pikirlah sikit.
blackie
April 8, 2019 at 11:25 am
lag hina dari org bukn islam diorg ni..moral langsung xde..kan ade budak2 ramai kt situ bodohhh…ko nk ajak penari bogel kt situ lantak ko lh pastikan xde budak2 kt situ tolol.