Ahmad Zahid Dan Isteri Guna RM1.3 Juta Dana Yayasan Akal Budi Beli Hermes, Giorgio Armani, Louis Vuitton

Berita

Ahmad Zahid Dan Isteri Guna RM1.3 Juta Dana Yayasan Akal Budi Beli Hermes, Giorgio Armani, Louis Vuitton

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dimaklumkan bahawa bekas TImbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah menggunakan dana daripada Yayasan Akal Budi (YAB) lebih daripada RM1.3 juta bagi membayar bil kad kreditnya yang telah digunakan untuk membeli-belah di gedung mewah seperti Louis Vuitton, Hermes dan Giorgio Armani.

Vaksin 5 G
1 year lalu

Muncul Teori Pakai Aluminum Foil Di Kepala, Dapat Elak Sakit Badan Duduk Dekat Orang Dah Divaksin

Advertisement

Perkara tersebut didedahkan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Raja Rozela Raja Toran di mana Ahmad Zahid dan isterinya, Datin Seri Hamidah Khamis telah membelanjakan jutaan ringgit untuk tujuan berlibur dalam tempoh dua tahun.

Zahid HamidiSumber : Google  

 

Ujar Raja Rozela, penggunaan kad kredit di gedung membeli-belah mewah di seluruh dunia itu bleh disemak melalui penyata bulanan kad kredit.

Walaupun diakui, tabiat berbelanja tertuduh dan isterinya mungkin tidak menjadi masalah dalam kes ini, seseorang akan tertanya-tanya sama ada mereka memikirkan golongan miskin di Malaysia ketika mereka membeli-belah seperti di Hermes atau Louis Vuitton.

Jelasnya lagi, saksi pendakwaan ke-10, Yeoh Eng Leong yang juga naib presiden kanan AmBank telah mengesahkan perkara itu di mana menerusi penyata kad kredit yang diutunjukkan, jumlah pembayaran yang diterima bank dari Januari 2014 hingga Januari 2016 adalah sebanyak RM1,296,715.98.

Ahmad Zahid juga dilaporkan telah menggunakan wang daripada YAB untuk membayar cukai jalan dan insurans bagi 20 kenderaan milinya dan tiga yang lain, isterinya, BZ Motors dan Juhari Janan.

“Jumlah yang terlibat adalah RM107,508.55 (pembelian insurans dan cukai jalan) Tidak ada kenderaan milik Yayasan Akal Budi.” katanya.

Ahmad Zahid,68, telah berdepan 47 pertuduhan melibatan 12 bagi pertuduhan pecah amanah, 8 kes rasuah dan 27 pertuduhan penggubahan wang haram yang melibatkan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akal Budi.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

17 Comments

  1. bunga

    October 15, 2021 at 12:40 pm

    klu zaman khalifah dulu..zaman nabi..yg plg miskin tu la khalifah..sbb smua duit dlm poket diinfakkan utk rakyat..saidina umar mlm2 nyamar jd org biasa turun tengok keadaan rakyat..angkat sndri karung gandum dr baitulmal bg dgn pnduduk miskin..sbb khalifah takut allah tnya d akhirat kelak..iman ahli syurga..tp klu pemimpin zaman 2021 ni..yg khianat..tamak..selfish..iman kulit bawang..tak rasa apa pun tengok rakyat susah dsbbkn khianat yg dorg buat..bleh senyum2 lg tu dpn kamera..semoga allah mbalas kjahatan pmimpin2 yg khianat

  2. Anonymous

    October 15, 2021 at 11:51 am

    Anaknya macam biasa sudah sibuk memberi kenyataan siap lukis di whiteboard lagi. Bila ditanya dia ckp bila netizen nak pandai. pergilah chk sendiri. Karma round the corner…

  3. Anonymous

    October 15, 2021 at 11:47 am

    Di Malaysia ni, asalkan org tu pemimpin berbangsa melayu dia songlap duit fakir miskin ka, dia ada simpan perempuan, rasuah sampai berbilion ka, org melayu x kisah sgt. asalkan bukan cina, india dan bangsa lain. Malaysia mesti melayu sahaja. Dan saya yakin dia ni boleh lepas… kerajaan isleyyyyyy. Hidup isleyyyyyy

    • Anonymous

      October 15, 2021 at 3:47 pm

      La isley bonitey

  4. anonymous

    October 15, 2021 at 11:28 am

    aiiyooo manyak filler lor lu punyiaa mukaa,selopa itu char siew pau heh heh heh wa soli haa

  5. Peliknya

    October 15, 2021 at 11:07 am

    Why don’t update mamak story billionaire Forbes why update BN people only I think both should be fair mamak also not so good petron etc how come he owns it

    • anonymous

      October 15, 2021 at 11:12 am

      exactlyyy …mamak also very putar alam and swindle even moree govt mony last time no womder anak cucu cicit so insanely rich