Ahmad Ruzman Dilantik Sebagai CEO Baharu Tabung Haji Travel & Services (THTS)

Trending

Ahmad Ruzman Dilantik Sebagai CEO Baharu Tabung Haji Travel & Services (THTS)

Terkini, Lembaga Tabung Haji (TH) melantik Datuk Ahmad Ruzman Ahmad Razali sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TH Travel & Services Sdn Bhd (THTS) berkuatkuasa 4 Januari 2021 selaras dengan usaha TH dalam memantapkan kepimpinan organisasi itu.

Dalam satu kenyataan, TH berkata, Ahmad Ruzman yang berkelulusan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dan Ijazah Sarjana Muda Sains (BSc) dalam bidang Pengurusan Operasi dari Universiti Northern Illinois, Amerika Syarikat (AS), mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam Kumpulan TH.

Advertisement

Beliau pada awalnya memulakan kerjaya di THTS pada 1988 sebagai Pengurus Penerbangan sehingga menyandang jawatan sebagai Pengurus Besar Kanan (Operasi).

Pada 2004, beliau telah dipinjamkan ke TH dan seterusnya diserap sebagai kakitangan tetap sehingga menyandang jawatan terakhir sebagai Pengurus Besar (Operasi Domestik) TH sehingga akhir 2020.

Mengulas perlantikannya itu, Ahmad Ruzman berkata, beliau amat bersyukur dengan amanah yang diberikan dan mengucapkan terima kasih atas kepercayaan TH kepadanya untuk menerajui THTS yang telah terbukti cemerlang dalam memberikan perkhidmatan kepada jemaah haji dan umrah serta aktiviti pelancongan dalam dan luar negara.

“Walaupun industri pelancongan sedang berhadapan dengan ketidaktentuan untuk kembali pulih seperti keadaan sebelum COVID-19 yang sedang melanda seluruh dunia, namun saya akan berusaha sedaya upaya bagi memastikan kelangsungan THTS dan kesiapsiagaannya untuk menghadapi pelbagai cabaran lagi pada masa akan datang”

Mengakhiri perbualan, TH juga mengalu-alukan pelantikan itu dan mengucapkan tahniah kepada kepimpinan baharu anak syarikatnya, THTS. Selamat bertugas!

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...