Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Ahmad Idham Sarankan Netflix Ditapis, Netizen Pula Kecam Filem Terbitannya Berkualiti Rendah

ahmad idham dikecam kerana mahu tapis netflix

Baru-baru ini kecoh apabila Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) telah menggesa pihak kerajaan supaya menapis isi kandungan yang dihasilkan oleh laman penstriman popular di dunia dan juga Malaysia iaitu Netflix.

Ahmad Idham iaitu Pegawai Eksekutif Pemasaran bagi perbadanan itu turut tampil dan memberikan kenyataan mengenai isu ini menerusi laman Twitternya. Katanya, platform Netflix ini adalah berbahaya kerana ada antara kandungan yang ditayangkan tidak sesuai ditonton oleh golongan kanak-kanak.

Advertisement

ahmad idham dikecam kerana mahu tapis netflix

Walaupun cuba menerangkan niat baik disebalik usahanya itu, segelintir netizen telah menolak cadangan tersebut. Ini kerana, platform Netflix memberi pilihan kepada ibu bapa untuk menyelia kandungan apa yang boleh ditonton oleh anak-anak mereka menerusi tetapan ‘parental controls’.

Tak cukup dengan itu, kebanyakan netizen turut menyelar cadangan Ahmad Idham untuk menapis naskhah di Netflix kerana filem yang dikeluarkan olehnya juga boleh dikategorikan sebagai berkualiti rendah. Lihat sajalah tema yang diangkat oleh pengarah itu, mesti cerita tentang bohsia, rempit dan keganasan!

ahmad idham dikecam kerana mahu tapis netflix

ahmad idham dikecam kerana mahu tapis netflix

ahmad idham dikecam kerana mahu tapis netflix

Netizen juga berharap agar FINAS memberi fokus untuk menghasilkan filem yang berkualiti dan bukannya asyik menggunakan plot dan tema yang sama bagi setiap naskhah. Kadang-kadang, inti pati filem yang dikeluarkan juga tidak sesuai ditonton oleh orang ramai.

Sumber: Twitter

Kredit foto: MalaysiaKini

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

3 Comments

  1. Eydei

    November 23, 2019 at 1:01 pm

    Biarlah finas buat keje, mana tau netflix turun harga, haahahahaa

  2. meetomato

    November 18, 2019 at 2:17 pm

    hello ceo finas, we pay netflix for the service, why so busybody with netflix? tgk org byr service tengok astro, shitty channels & service, over the years fees pun naik tp service ke laut..cerita pun asyik ulang2 je. i as a customer felt cheated ok byr astro dulu2.

    kenapa finas tak cek dulu settings netflix ni…setting netflix ni kan ade for kids only ok..

    klu masih tak puas hati about settings netflix, parents, sila bertanggungjawab & monitor anak2 anda…pls dont ask the govt to babysit your children..dont subscribe netflix for your kids if u want to protect…aku yg dewasa ni pun nak pikir 2-3 kali nak subscribe netflix dulu, skrg ape kids nak parents tunaikan..apelarrr! sama mcm basikal lajak tu, budak2 kuar pagi buta, ade ke patut? where is the priority?

    i dont understand la knp some ppl nak ‘blame’ netflix for sex scene or anything offensive. cuba la communicate & educate your children psl sex education instead of complaining. yg internet & youtube tu, pun ade sex scene & offensive content, kenapa x blame internet & youtube? tak paham aku!

  3. ahdi

    November 18, 2019 at 1:28 pm

    mrh kn netflix pd hal nk promote produk mcm netflix hmmm

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top