Tak tahu sama ada Ahmad Idham ini memang jenis tak boleh terima kritikan atau hanya menerima kritikan daripada mereka yang mempunyai ijazah dalam bidang kritikan filem. Hmmmm. Bagi Abang Nara tak salah untuk kita sebagai penonton membuat ulasan dan memberi kritikan selepas menonton sesebuah filem. Selaku penonton, kita juga ada hak dan pandangan tersendiri. Takkanlah kena pergi ambil ijazah baru boleh bagi komen kot?
Mungkin juga Ahmad Idham tertekan kerana filem terbaru arahannya Tembus sekadar mengutip RM400,000 sejak ditayangkan pada Hari Raya lalu sementara filem Mat Tudung pula khabarnya sudah melebihi RM1 juta kutipannya. Hmmmm. Walaupun dibintangi oleh Aaron Aziz, Luna Maya dan Fazura, filem Tembus masih gagal menarik orang ramai ke pawagam. Agak-agak apa puncanya?
Menarik juga apabila membaca pertelingkahan kecil antara Ahmad Idham dan para penonton filemnya di Twitter. Masing-masing ada hujah sendiri. Namun pada pendapat Abang Nara, agak tidak elok juga untuk Ahmad Idham mengelar para penonton yang mengkritik filemnya sebagai ‘tin kosong’.
Jangan sampai suatu hari nanti semua penonton filem di Malaysia memboikot filem arahan Ahmad Idham sudahlah. Parah sangat kalau jadi macam itu. Rasanya bukan kali pertama Ahmad Idham membuat kenyataan sebegini rupa. Kalau dah sampai 2,3 filem tak laku, mungkin ada sesuatu yang salah di pihak Ahmad Idham sendiri? Tak gitu? Apa kata anda?