Ahmad Idham & Eizlan Yusof Dilantik Kementerian Luar Negeri

Berita

Ahmad Idham & Eizlan Yusof Dilantik Kementerian Luar Negeri

Pengarah dan juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Ahmad Idham telah dilantik sebagai Setiausaha Kebudayaan di Kementerian Luar Negeri yang berkuatkuasa secara rasminya hari ini.

Ahmad Idham
3 bulan lalu

Ahmad Idham Letak Jawatan CEO FINAS, Dapat Kerja Di Kementerian Bertaraf Diplomat

Advertisement

Ahmad Idham tidak keseorangan kerana Kementerian Luar Negeri turut melantik penerbit dan pelakon, Datuk Seri Eizlan Yusof untuk menyandang jawatan sebagai Perunding Kreatif.

Menteri Luar Negeri, Datuk Saifuddin Abdullah telah mengumumkan perkara tersebut tengahari tadi di Wisma Putra, Putrajaya.

Advertisement

Pengalaman luas selama 25 tahun dalam industri kreatif serta pencapaian memenangi anugerah antarabangsa di Pesta Filem Chunsa Korea pada tahun 2018 merupakan faktor utama Ahmad Idham dilantik.

Eizlan Yusof pula dilantik kerana dia pernah berkhidmat dalam pelbagai kapasiti serta memenangi pelbagai anugerah di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Menurut Saifuddin, pelantikan Ahmad Idham dan Eizlan adalah selaras dengan objektif untuk membangunkan Diplomasi Budaya Malaysia di bawah Kerangka Dasar Luar Malaysia.

Ia bertujuan bagi mewujudkan kaedah baru untuk mempamerkan identiti dan nilai kebangsaan, paparan nilai kepelbagaian budaya serta menggalakkan promosi dan pertukaran budaya.

Bagi mengukuhkan usaha dalam meletakkan seni Malaysia sebagai saluran berkesan dalam mempromosikan warisan sejarah dan budaya negara, Jawatankuasa Seni & Budaya (ARCA) akan ditubuh di bawah Pejabat Menteri.

Tambah Saifuddin lagi, beliau yakin bahawa Ahmad Idham dan Eizlan dapat melaksanakan tanggungjawab dengan penuh dedikasi sekaligus dapat mempromosikan Diplomasi Budaya Malaysia.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

2 Comments

  1. fasfasfas

    November 2, 2021 at 12:31 pm

    menteri bodoh

  2. anonymous

    November 1, 2021 at 10:32 pm

    moron

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...