Ahmad Idham Dilantik Kembali Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif FINAS?

Hiburan

Ahmad Idham Dilantik Kembali Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif FINAS?

Sejak kebelakangan ini kita asyik dihebahkan dengan berita mengenai hal pengurusan FINAS yang seperti tiada sudahnya. Selepas Zakaria Abd Hamid naik menjadi pengerusi perbadanan tersebut bagi menggantikan Hans Isaac, misinya untuk membawa produk keluaran tempatan sehingga ke persada dunia nampak ampuh.

zakaria abdul hamid

Advertisement

Bahkan kesemua jawatan penting dalam FINAS telah pun dirombak habis dan ramai anak seni berpengalaman seperti Datuk Prof Dr Abdul Razak Mohaideen dan Datuk Seri Eizlan Yusof turut diberi tanggungjawab untuk mengemudi perbadanan itu kepada satu transformasi yang baru.

ahmad idham ceo finas

Walaubagaimanapun, menurut khabar angin yang berterbangan, dikatakan bahawa Ahmad Idham kini telah pun dilantik untuk memegang semula jawatan Ketua Pegawai Eksekutif FINAS berkuatkuasa hari ini (5 Jun).

Selepas melepaskan jawatan tersebut pada Disember lepas, nampaknya dia kembali ke kerusi yang sama. Jawatan yang disandang ini akan bertahan sehingga Jun 2022 iaitu selama 2 tahun daripada tarikh pelantikan rasminya.

Disebabkan oleh pengalaman Ahmad Idham yang ‘berkepuk’ dalam industri perfileman sejak daripada tahun 1994, membuatkan lelaki itu antara figura yang layak untuk memiliki jawatan yang penting tersebut bagi menaikkan lagi nama FINAS pada masa akan datang.

ahmad idham ceo finas

Bukan sahaja hebat berlakon malah Ahmad Idham berjaya membuktikan kemampuannya dalam bidang pengarahan apabila berjaya memikat hati penonton dengan pelbagai naskhah seperti ‘Impak Maksima’, ‘Jangan Pandang Belakang’, ‘Mr. Cinderella’ dan banyak lagi sepanjang karier seninya.

Walaupun belum diumumkan secara rasmi pelantikan Ahmad Idham ini, diharapkan keputusan ini akan membawa satu kelainan dalam gelanggang perfileman tanah air.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...