“Ahmad Dah Tiada Dekat Dunia Ni Lagi”, Pelajar Tinggal Nota Sebelum Menghilang

Kehidupan

“Ahmad Dah Tiada Dekat Dunia Ni Lagi”, Pelajar Tinggal Nota Sebelum Menghilang

Beberapa hari lalu kita semua digemparkan dengan kisah seorang lelaki yang sempat menulis nota tarakhir kepada isterinya sebelum mengantung diri dengan tali di sebatang pokok rambutan di belakang rumahnya.

Dengan menggunakan kaedah yang sama, seorang pelajar lelaki telah meninggalkan sepucuk surat kepada ibu bapanya sebelum menghilangkan diri dari rumah keluarganya di Pekan, Kuala Selangor.

Menurut Sinar Harian, Kehilangan Ahmad Fitri Mohammad Shaffie, 15, disedari ibunya, Mardiana Ismail, 58, ketika ingin menunaikan solat Subuh kira-kira jam 6.30 pagi.

Advertisement

Tidak nampak kelibat anak

Bagaimanapun, selepas saya terjaga daripada tidur untuk bersiap-siap menghantarnya ke sekolah, saya tak nampak kelibat Ahmad tidur di ruang tamu rumah.

Temui Surat yang ditinggalkan anak

Ibu kepada Fitri mencari beliau di sekitar rumah sebelum menemui nota tulisan tangan anaknya itu di atas meja solek.

Dalam nota itu, dia meminta saya sekeluarga tidak mencarinya kerana sebaik saya membaca tulisan ini, dia (Ahmad) dah tak ada di dunia ini.

Menurut ibu bapa mereka, beliau telah dibawa pulang ke rumah selepas menandatangani laporan prestasi di sekolah anaknya, Jumaat lalu.

Beri alasan tidak mahu pulang ke asrama

Sepatutnya saya menghantarnya ke asrama kelmarin (Ahad), tapi dia beri pelbagai alasan hingga menghilangkan diri.

Katanya, anaknya dipercayai menghilangkan diri sehelai sepinggang dan tidak membawa telefon bimbit.

Saya berusaha mencarinya di sekitar Klang selepas pemandu bas memaklumkan ternampak remaja mirip anak saya menaiki bas menuju ke sana.

Sehubungan itu Mardiana membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Selangor pada jam 8.30 pagi tadi.

Orang ramai yang melihat Ahmad Fitri atau mempunyai maklumat mengenainya diminta menghubungi Mardiana di talian 019-3811743 atau 013-2828390.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...