Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Ahmad Idham Nafi Pencuri Hati Mr. Cinderella Gagal, Mungkin Buat Filem Tentang Netizen

Filem Pencuri Hati Mr Cinderella arahan dan lakonan Ahmad Idham telah tamat ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh negara. Namun begitu agak menyedihkan kerana selepas tamat tayangan filem ini hanya menerima kutipan lebih kurang RM 60,000.

Advertisement

Gambar: Star 2

Filem itu yang turut menampilkan Atikah Suhaime, Haliza Misbun dan Datuk Eizlan Yusof kemudiannya dikupas Netizen dari pelbagai sudut. Antara faktor yang dikatakan menyebabkankan kegagalan filem itu mendapat kutipan memberangsangkan ialah Ahmad Idham selaku protagonis utama dianggap sudah berusia. Dari jalan ceita, sehingga ke poster filem itu turut dkritik Netizen kerana dianggap ketinggalan zaman seperti poster filem Sembilu yang dikeluarkan pada tahun 1995.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.



Namun begitu, bagi Ahmad Idham, filem terbarunya itu bukanlah filem yang gagal setelah meneliti pelbagai aspek. Ujarnya kepada Utusan Online:

Advertisement

Ini bukan sebuah filem yang gagal memandangkan saya yakin filem ini mempunyai kandungan yang baik.

Dari segi kutipan juga tidak boleh kata filem ini gagal kerana filem ini hanya ditayangkan di 30 buah pawagam sahaja.

Ketika ini kutipan filem itu sudah menjangkau RM60,000 bukan RM20,000 seperti yang didakwa.

Setelah berita mengenai kutipan yang tidak memberangsangkan itu tersebar, Ahmad Idham dilihat berbalas hujah dengan Netizen di pelbagai platform media sosial seolah-olah tidak puas hati dengan kritikan mereka.

Ahmad Idham, 45, bagaimanapun menafikan yang dia ialah seorang yang sukar menerima krtikan. Sebaliknya, memandangkan dia orang lama dalam industri, setiap kritikan yang dilemparkan diterima olehnya sebagai satu bentuk kajian:

Saya adalah seorang yang suka menganalisa setiap kritikan yang diberikan. Memang jawapan yang diberikan saya kepada netizen nampak seperti provokasi, tetapi mereka tidak tahu saya sedang mengkaji.

Jadi jangan terkejut jika saya keluarkan filem berdasarkan apa yang berlaku ini iaitu mengenai netizen.

Pencuri Hati Mr. CInderella mengisahkan mengenai perhubungan seorang duda yang dilakonkan oleh Ahmad Idham dengan seorang pegawai perhubungan tetamu (GRO) yang dilakonkan oleh Atikah Suhaime.

Filem Pencuri Hati Mr. Cinderella kini sedang ditayangkan di Astro First. – beautifulnara.com

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

89 Comments

  1. Abang Nara

    February 8, 2018 at 11:51 am

    llolll

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama