Kisah cinta antara seorang wanita muda berusia awal 20-an dengan seorang penyanyi nasyid terkenal yang sudah berkahwin terus menjadi perhatian ramai — kali ini apabila bapa wanita terbabit, yang juga seorang ahli politik, tampil menyuarakan ketidakpuasan hati.
Menerusi laporan media, ahli politik berkenaan dilaporkan tidak merestui hubungan anak perempuannya dengan penyanyi nasyid tersebut yang berstatus suami orang. Beliau menyatakan pendirian itu selepas mendapati hubungan antara anaknya dan penyanyi terbabit telah berlarutan sejak tahun lalu.
Ya, saya tahu hubungan anak saya dengan penyanyi nasyid berkenaan. Sebagai bapa saya tak terima paa yang berlaku memandangkan dia sudah ada isteri dan anak.
Apa yang boleh saya cakap, harap penyanyi itu tak ganggu lagi anak saya, fokus sahaja dengan anak dan isteri.
Sumber turut memaklumkan bahawa ahli politik itu sebenarnya telah beberapa kali menasihati anaknya agar menjarakkan diri dan menghentikan perhubungan dengan penyanyi tersebut.
Namun, wanita terbabit dikatakan enggan akur dan tetap meneruskan hubungan, meskipun menerima pelbagai teguran termasuk daripada ahli keluarga terdekat.
Sebelum ini, gosip berkenaan penyanyi nasyid popular yang didakwa menjalin hubungan sulit dengan seorang wanita muda mula tular di media sosial, termasuk dakwaan mereka sering dilihat bersama di beberapa pusat beli-belah di sekitar Kuala Lumpur.
Lebih mengejutkan, terdapat laporan yang mengatakan isteri kepada penyanyi tersebut sudah mengetahui hubungan itu dan memberi ‘lampu hijau’ untuk mereka berkahwin.
Walaupun identiti penyanyi masih dirahsiakan secara rasmi, spekulasi semakin memuncak berikutan beberapa kenyataan balas artis nasyid lain menafikan pembabitan mereka.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.