Baru-baru ini, terdapat pelbagai isu tentang orang kenamaan, artis dan juga instafamous yang dikatakan sengaja melanggar prosesur operasi standard (SOP) dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan masih lagi berkuatkuasa.
Disebabkan itu, ramai pihak yang tidak berpuas hati dan beranggapan yang mereka ini mampu bayar kompaun dengan mudah, tak macam rakyat biasa. Siap tayang-tayang lagi dekat media sosial mereka!
Menurut laporan Harian Metro, Ketua Biro MCA Penyelarasan Hal Ehwal Kerajaan, Michael Tay Chee Boon berkata yang golongan tersebut sepatutnya diberikan pengajaran kerana dilihat sengaja melanggar SOP yang telah ditetapkan dengan buat khidmat masyarakat seperti menyapu sampah atau membersihkan tandas awam.
Tindakan mereka ini seolah-olah mempersendakan undang-undang. Mereka berduit dan tidak ada masalah untuk kompaun yang dikenakan.
Sebagai pengajaran wajar mereka diarahkan membuat khidmat sosial selain denda dan mungkin dengan cara itu mereka akan serik.
Pihak berkuasa juga dinasihatkan supaya tidak berlembut terhadap golongan tersebut kerana rakyat akan sentiasa menilai.
Apa pandangan korang? Setuju ke tak tu?