Ahli Politik Datuk Jamal Md Yunos Nafi Dakwaan Cuba Memperkosa Eina Azman

Hiburan

Ahli Politik Datuk Jamal Md Yunos Nafi Dakwaan Cuba Memperkosa Eina Azman

Masih ingat tak anda dengan kontroversi beberapa tahun lepas dimana aktres Eina Azman didakwa telah menerima gangguan seksual daripada seorang Datuk ketika ingin berurusan dengan VVIP itu mengenai urusan jual beli kereta Mercedes bernilai RM220,000.

Advertisement

Terbaru, ada pihak yang mendakwa bahawa individu yang dimaksudkan Eina itu sebenarnya Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos. Menerusi portal The Rakyat Post hari ini, Datuk Jamal Md Yunos mengakui beliau mengenali Eina kerana terlibat dalam bidang perniagaan yang berkaitan dengan dunia hiburan.

Saya kenal Eina Azman dan pernah bertemu beberapa lagi artis lain. Saya tahu Eina tidak pernah membaut kenyataan sedemikian dan mempercayai ada pihak yang sengaja  mengaitkan nama saya dalam kes ini.

Saya menafikan semua dakwaan yang mengaitkan saya dengan Eina Azman. Saya membuat laporan polis ke atas semua dakwaan dan fitnah di laman sosial yang tidak berasas.

Datuk Jamal Md Yunos berkata sedemikian selepas selesai membuat laporan polis berhubung isu tersebut di Balai Polis Ampang Jaya pagi tadi. Tuduhan itu dipercayai disebar oleh pihak lawan beliau dalam dunia politik.

Sumber Berita: THE RAKYAT POST

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...