Ahli Politik Belanda Mahu Pertandingan Melukis Kartun Nabi Muhammad Diteruskan

Kehidupan

Ahli Politik Belanda Mahu Pertandingan Melukis Kartun Nabi Muhammad Diteruskan

Ahli politik Belanda yang juga merupakan anti Islam, Geert Wilders berhasrat untuk meneruskan pertandingan melukis kartun Nabi Muhammad. Pada tahun lalu, beliau telah membatalkan pertandingan itu selepas mendapat pelbagai ancaman daripada umat Islam.

Tetapi baru-baru ini, beliau telah meminta orang ramai untuk menghantarkan penyertaan melukis kartun Nabi Muhammad di laman Twitter nya. Pada Ogos tahun lalu, pertandingan yang sama telah diadakan namun dibatalkan selepas beliau mendapat ancaman bunuh.

Advertisement

protes di pakistan

Pada waktu itu, protes besar-besaran telah dilakukan di seluruh dunia oleh umat Islam dalam membantah pertandingan sebegitu diadakan. Pertandingan itu turut mencetuskan bantahan besar-besaran di Pakistan, anjuran parti Islam Tehreek-e-Labbaik, yang turut mendesak negara Islam lain memutuskan semua hubungan diplomatik dengan Belanda.

Pada November lalu, video seorang lelaki anti Islam memukul wanita Muslim tular di media sosial. Untuk baca artikel penuh, klik pautan di bawah.

Artikel berkaitan: (Video) Wanita Hamil Dipukul Bertubi-Tubi Oleh Lelaki Anti Islam 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...