Ahli politik Belanda yang juga merupakan anti Islam, Geert Wilders berhasrat untuk meneruskan pertandingan melukis kartun Nabi Muhammad. Pada tahun lalu, beliau telah membatalkan pertandingan itu selepas mendapat pelbagai ancaman daripada umat Islam.
Tetapi baru-baru ini, beliau telah meminta orang ramai untuk menghantarkan penyertaan melukis kartun Nabi Muhammad di laman Twitter nya. Pada Ogos tahun lalu, pertandingan yang sama telah diadakan namun dibatalkan selepas beliau mendapat ancaman bunuh.
Pada waktu itu, protes besar-besaran telah dilakukan di seluruh dunia oleh umat Islam dalam membantah pertandingan sebegitu diadakan. Pertandingan itu turut mencetuskan bantahan besar-besaran di Pakistan, anjuran parti Islam Tehreek-e-Labbaik, yang turut mendesak negara Islam lain memutuskan semua hubungan diplomatik dengan Belanda.
Pada November lalu, video seorang lelaki anti Islam memukul wanita Muslim tular di media sosial. Untuk baca artikel penuh, klik pautan di bawah.
Artikel berkaitan: (Video) Wanita Hamil Dipukul Bertubi-Tubi Oleh Lelaki Anti Islam