Pelakon Zarina Anjoulie seperti yang anda semua ketahui memang seorang yang suka berterus-terang dan lantang bersuara. Apa yang dikatakan agak pedas tetapi pendapatnya yang jujur sering mendapat perhatian ramai.
Terbaru, Zarina mendedahkan ada seorang ahli politik sering mengganggunya dan lebih mengejutkan berani mengajaknya dan Fathia ke hotel untuk melakukan kegiatan sumbang (seks).
Ahli politik tersebut yang berstatus suami orang juga sudah menempah bilik hotel yang agak mahal bernilai RM600. Zarina memuat naik semua bukti kerana tidak mahu orang menuduhnya menipu ataupun ada pihak yang mengambil kesempatan memutarbelitkan kenyataannya.
Zarina turut menyatakan lelaki itu adalah ‘orang-orang Tun’ yang baru dapat duit dan mula lupa diri. Sepatutnya lelaki berkenaan membantu menaikkan lagi taraf negara seperti yang dan tidak seharusnya terlibat dengan skandal wang serta wanita.
Pertama kami ingin tabik dengan Zarina yang tidak mudah diperdaya dan masuk ke dalam pelukan buaya darat itu. Kedua, apa yang dilakukan oleh Zarina ini sangat bijak sebenarnya dan dapat memberikan amaran kepada ramai lagi gadis diluar sana. Kepada ahli politik yang dimaksudkan, tolong jangan mudah lupa diri dan fokus untuk majukan negara ya.