Ahli Perniagaan Saman Zarina Anjoulie Lavocah Kerana Kereta Mewah

Hiburan

Ahli Perniagaan Saman Zarina Anjoulie Lavocah Kerana Kereta Mewah

Rindu kan Zarina Anjoulie Lavocah? Sudah lama kan pelakon ini menyepi? Tiada sebarang kontroversi yang melanda dirinya sejak kebelakangan ini. Namun hari ini menerusi The Star, seorang ahli perniagaan telah pun menyaman Zarina Anjoulie atas sebab kecuaian dan penipuan sebuah kereta mewah.

zarina anjoulie

Advertisement

Ahli perniagaan yang bernama Kevin Shah Kadar Shah, 33 memberitahu yang ayahnya telah membeli sebuah kereta terpakai BMW 3201 Limousine RHD dan meminjamkan kereta tersebut kepada Zarina Anjoulie yang merupakan seorang kawan untuk kegunaan harian. Namun selepas kematian ayahnya, Zarina Anjoulie tidak membuat usaha untuk memulangkan kereta tersebut.

zarina anjoulie

Pemeriksaan lanjut mendapati kereta tersebut mempunyai 2 plat nombor iaitu WTN 8850 dan BLP 8858. Kevin Shah kemudiannya mendakwa telah berlaku penipuan dan pemalsuan tandatangan oleh Zarina Anjoulie atau pihak lain kerana ayahnya tidak pernah membuat pendaftaran nombor plat BLP 8858 ketika hayatnya. Untuk informasi lanjut, sila baca artikel The Star.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...