Ahli Perniagaan Dakwa Fathia Latiff Minta Ditaja RM35000 Untuk Beli Undi

Hiburan

Ahli Perniagaan Dakwa Fathia Latiff Minta Ditaja RM35000 Untuk Beli Undi

Bukan satu perkara yang baharu apabila ada sesetengah artis cuba untuk membeli undi peminat semata-mata kerana ingin memenuhi impian mereka untuk menang sesebuah anugerah. Malah mereka sanggup berbelanja duit mereka sendiri sehingga ribuan ringgit untuk melakukan perkara berkenaan.

Advertisement

Namun kali ini ia agak berbeza apabila ada yang minta ditaja dari segi wang ringgit untuk membeli undian daripada peminat. Menerusi ruangan Poklip di Utusan Malaysia beliau memberitahu ada seorang ahli perniagaan mengakui bahawa aktres jelita Fathia Latiff cuba untuk mendapatkan tajaan berjumlah RM35000 daripada beliau untuk membeli  undi.

Mendengar pengakuan ahli perniagaan berkenaan, Poklip terus bertanyakan perkara tersebut kepada Fathia. Walaubagaimanapun, Fathia tidak menafikan ataupun mengiyakan dakwaan berkenaan.

Hmmphh,  rasanya Fathia mempunyai jumlah peminat yang ramai dan beliau juga agak popular, tidak perlu untuk beliau beli undi pun bukan?  Tidak apa, kita hanya dengar cerita disebelah pihak sahaja, nantikan pula penjelasan daripada Fathia sendiri berhubung isu ini.

Sumber Berita : Utusan Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...