Bukan satu perkara yang baharu apabila ada sesetengah artis cuba untuk membeli undi peminat semata-mata kerana ingin memenuhi impian mereka untuk menang sesebuah anugerah. Malah mereka sanggup berbelanja duit mereka sendiri sehingga ribuan ringgit untuk melakukan perkara berkenaan.
Namun kali ini ia agak berbeza apabila ada yang minta ditaja dari segi wang ringgit untuk membeli undian daripada peminat. Menerusi ruangan Poklip di Utusan Malaysia beliau memberitahu ada seorang ahli perniagaan mengakui bahawa aktres jelita Fathia Latiff cuba untuk mendapatkan tajaan berjumlah RM35000 daripada beliau untuk membeli undi.
Mendengar pengakuan ahli perniagaan berkenaan, Poklip terus bertanyakan perkara tersebut kepada Fathia. Walaubagaimanapun, Fathia tidak menafikan ataupun mengiyakan dakwaan berkenaan.
Hmmphh, rasanya Fathia mempunyai jumlah peminat yang ramai dan beliau juga agak popular, tidak perlu untuk beliau beli undi pun bukan? Tidak apa, kita hanya dengar cerita disebelah pihak sahaja, nantikan pula penjelasan daripada Fathia sendiri berhubung isu ini.