Ahli Perniagaan Bengal Tayang Pelitup Muka Emas Berharga RM236,700

Dunia

Ahli Perniagaan Bengal Tayang Pelitup Muka Emas Berharga RM236,700

Sedia maklum, sudah hampir tiga tahun kita hidup bersama wabak COVID-19 dan perkara yang sudah menjadi kewajipan serta norma baru kehidupan kita adalah dengan memakai pelitup muka.

Respon KJ wanita mat salleh tak nak pakai mask
2 years ago

Tular Individu Bernama "Karen" Enggan Pakai Pelitup Muka Di KLCC, KJ Bagi Respon Ringkas Tapi Padat

Advertisement

Oleh kerana itu, pembuat serta pereka pelitup muka dunia menampilkan pelbagai idea yang menarik malah ada yang mencipta ia dengan bertatah emas dan berlian, sekaligus memberi golongan kaya menonjolkan kepada orang ramai mengenai status mereka.

Baru-baru ini tular di Twitter selepas dikongsikan oleh seorang wartawan Rituparna Chatterjee, seorang ahli perniagaan dari Bengal menayangkan pelitup mukanya yang diperbuat daripada emas bernilai Rs. 5.70 lakhs (RM236,700).

Difahamkan pelitup muka tersebut dicipta oleh seorang pembuat barang kemas di bandar Budge Budge bernama Chandan Das.

Menurut mStar, Das mencipta pelitup muka emas yang seberat 108 gram untuk ahli perniagan terbabit dalam tempoh 15 hari dan semasa perayaan ‘Durga Puja’ di Kolkata, ahli perniagaan itu menayang pelitup muka berkenaan kepada khayalak ramai tetapi terpaksa menanggalkannya kerana mengundang pelbagai reaksi.

Kalau dah kaya tu, sampai pelitup muka pun boleh diperbuat dari emas.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...