Baru-baru ini kita telah dikejutkan dengan berita perhimpunan ‘berani mati’ yang dilakukan oleh rakyat Amerika Syarikat (AS), berikutan mempercayai berita palsu mengenai COVID-19.
Berita palsu tersebut telah membuatkan ramai rakyat AS mempercayai bahawa virus itu hanyalah muslihat politik negara sekaligus melakukan protes menolak perlaksaan perintah berkurung di negara itu.
Baca: Rakyat AS Tolak Kuarantin Di Rumah, Lakukan Protes Berani Mati
Walaupun tiada bukti yang sahih mengenai perkara tersebut, ianya mampu mempengaruhi minda rakyat Amerika sehingga sanggup bertindak membahayakan diri melakukan protes tersebut.
Akibat daripada perhimpunan itu, dilaporkan seorang penunjuk perasaan didapati telah meninggal dunia akibat dijangkiti virus tersebut.
Individu yang meninggal adalah John McDaniel berusia 60 tahun.
Difahamkan, McDaniel pernah membuat beberapa posting berbaur hasutan dan dakwaan keras terhadap kerajaan di laman sosialnya pada 15 Mac yang lalu.
Dia juga dikatakan menjadi salah seorang individu yang telah menentang mengenai pelaksanaan ‘lockdown’ di negara itu dan telah mengkritik pihak media yang dikatakan telah menyebarkan berita palsu dengan tujuan untuk menakut-nakutkan orang awam sahaja.
Jika kamu paranoid dan takut jatuh sakit duduk saja diam di rumah. Jangan halang orang lain untuk menjalani kehidupan mereka.
Bukan itu sahaja, McDaniel juga turut mendakwa virus COVID-19 ini adalah muslihat politik semata.
Setelah posting tersebut tular, akaun Facebooknya itu dikatakan telah pun dipadamkan. Namun, posting berkenaan terus tersebar di internet sehingga kini.
McDaniel dikatakan telah menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital di Columbus pada hari Rabu lalu, selepas dua minggu disahkan positif.
Sekaligus menjadi penduduk pertama yang meninggal akibat COVID-19 di kawasan Marion County.