Ahli Parlimen Mohon PM Campur Tangan Kes Rakyat Malaysia Dihukum Gantung Sampai Mati Di Singapura

Kehidupan

Ahli Parlimen Mohon PM Campur Tangan Kes Rakyat Malaysia Dihukum Gantung Sampai Mati Di Singapura

Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh dan tiga ahli Parlimen blok kerajaan lain merayu agar Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim campur tangan dalam kes hukuman mati ke atas rakyat Malaysia, Pannir Selvam Pranthaman yang dijadualkan akan dilaksanakan di Singapura, esok.

Kata Ramkarpal dalam sidang media Isnin lalu, pihaknya berharap agar Kerajaan Malaysia memohon agar Kerajaan Singapura dapat menangguhkan pelaksanaan hukuman tersebut.

Advertisement

Kami berpendapat bahawa Pannir hanyalah ‘keldai dadah’ dan tidak patut digantung mati sedangkan sindiket dadah di luar masih bebas dan barangkali sedang menyusun strategi baharu merekrut mangsa dari Malaysia untuk membawa bungkusan merentas sempadan tanpa mengetahui kandungannya.

sidang media Pannir Selvam Pranthaman

Tambah Ramkarpal, kertas siasatan kes tersebut juga telah pun dibuka oleh pihak polis di negara ini dan sangatlah penting untuk Pannir memberi maklumat dan kerjasama terhadap proses siasatan di Malaysia.

Ramkarpal bersama Ahli Parlimen Subang, Wong Chen; Ahli Parlimen Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid; Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran; bekas Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthurri Patto dan adik Pannir, Angelia Pranthaman telah mengadakan sidang akhbar di Dewan Rakyat berhubung kes ini.

 

Merayu Singapura tidak laksana hukuman mati

Sembilan badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) juga dilaporkan turut serta di sidang media tersebut.

Maka kami merayu supaya Singapura tidak melaksanakan hukuman mati terhadap Pannir.

Pannir Selvam Pranthaman

Untuk info, pada tahun 2017, Pannir, 30, telah disabitkan bersalah dan dijatuhkan hukuman mati mandatori kerana bertindak sebagai penghantar dadah membawa 51.84 gram heroin ke Singapura dan telah ditahan di pos pemeriksaan Woodlands pada 3 September 2014.

Ramkarpal menambah, pihaknya dan keluarga berharap Pannir dibawa pulang untuk meneruskan pemenjaraannya supaya dapat memberi maklumat dan memudahkan siasatan kes.

lelaki Malaysia dipenjara di Singapura, intai tuan rumah
4 weeks ago

Intai & Rakam Tuan Rumah Dan Anak Perempuannya, Lelaki Warga Malaysia Dipenjara Di Singapura

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...