Ahli Parlimen Kerajaan & Pembangkang Kecam FashionValet – “Cukupkah Dengan Minta Maaf? Handbag Satu Bilik Semua Tu Dah Dipadam”

Berita

Ahli Parlimen Kerajaan & Pembangkang Kecam FashionValet – “Cukupkah Dengan Minta Maaf? Handbag Satu Bilik Semua Tu Dah Dipadam”

Boleh dikatakan isu kerugian melibatkan pelaburan Khazanah Nasional Berhad dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) sebanyak RM43.9 juta dalam FashionValet Sdn Bhd telah pun mencuri perhatian semua pihak.

Jadi perdebatan dalam Dewan Rakyat

Melalui hantaran video di TikTok MalaysiaKini, dapat dilihat isu berkenaan menjadi bahan perdebatan hangat di Dewan Rakyat dengan ahli parlimen kerajaan dan pembangkang turut mengecam pelaburan dana awam yang merugikan itu.

Advertisement

Dalam video tersebut, kelihatan Ahli Parlimen pembangkang, Masjid Tanah iaitu Datuk Mas Ermieyati Samsuddin lantang mengkritik kenyataan yang menyifatkan kerugian itu hanyalah ‘sedikit’ berbanding keuntungan dua syarikat terbabit.

Tegas Datuk Mas Ermieyati, RM43.9 juta itu bukanlah satu jumlah yang sedikit dan persoalkan cukupkah dengan sekadar memohon maaf atas kerugian yang memakan dana awam berjuta ringgit tersebut, bahkan menyindir tindakan pasangan itu yang menyembunyikan kemewahan yang dipaparkan selepas kerugian ini jadi perhatian ramai.

Gaya hidup mewah mereka, handbag satu bilik. Tapi sekarang semua itu sudah dipadam.

Kerajaan & pembangkang ‘bersatu hati’ kecam FV

Dalam pada itu, Datuk Awang Hashim (PN-Penang) juga membangkitkan hal yang sama ketika perbahaskan tentang Rang Undang-Undang Perbekalan 2025 dan meluahkan rasa kecewa kerana pihak yang terlibat terlalu mudah mengundur diri serta mohon maaf walaupun duit rakyat sudah ‘lebur’.

Selain itu, Kelvin Yii (PH-Kuching) memuji tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengarahkan siasatan menyeluruh dalam isu ini.

fashionvalet

Bahkan, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Nor turut mencelah dalam perdebatan itu, di mana dia persoalkan aspek kelulusan serta tatakelola kewangan pelaburan ini.

Boleh tak melalui YB, kita tanya Menteri (Menteri Kewangan), ada tak kelulusan daripada MOF diperoleh daripada GLC dan GLIC ini. Itu satu. Kedua, semasa FashionValet ini ada menjual sahamnya, adakah mendapat kelulusan daripada pihak Kementerian Kewangan atau Khazanah?

Sebab duit rakyat RM40 juta lebih dibelanjakan. Minta maaflah, saya sebelum ini penyiasat. Benda-benda ini, dalam kepala saya tak boleh compute (terima), dari aspek tatakelola.

fashionvalet
4 weeks ago

FashionValet Dah Rugi Berterusan Sejak Tahun 2012 Hingga 2017 Sebelum Pelaburan Khazanah & PNB

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...