Ahli Parlimen Bimbang Wujud ‘Kluster Mahkamah’, Penyokong Najib Tidak Amalkan SOP

Trending

Ahli Parlimen Bimbang Wujud ‘Kluster Mahkamah’, Penyokong Najib Tidak Amalkan SOP

Penyokong bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang hadir hari ini di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur dalam bilangan yang ramai telah mendapat perhatian Ahli Parlimen. Keadaan ini membimbangkan kerana mampu membawa risiko penularan COVID-19 dan mewujudkan kluster baharu.

Orang ramai dilihat berhimpun tanpa mematuhi penjarakan sosial dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di luar kompleks mahkamah itu.

Advertisement

Pihak polis terpaksa menggunakan pembesar suara untuk mengingatkan orang ramai yang hadir sejak awal pagi untuk mengikuti keputusan perbicaraan kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd yang melibatkan Najib, supaya mematuhi SOP dan memakai pelitup muka bagi mencegah penularan pandemik COVID-19.

Bimbang dengan keadaan itu, Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong pada persidangan Dewan Rakyat, berkata kes COVID-19 masih wujud dan kemungkinan wujudnya kluster baharu tetap ada.

“Langkah pencegahan wajib diamalkan malahan lebih berdisiplin secara bersama bagi memastikan penularan ini benar-benar tamat. Kita tidak kalah, tetapi kita belum menang.”

Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun sebelum sesi perbahasan bermula mengingatkan semua Ahli Parlimen untuk sentiasa mematuhi SOP di dalam dan di luar Parlimen.

“Saya menasihatkan agar Ahli-ahli Yang Berhormat (YB) sentiasa patuh SOP fasa pemulihan Parlimen Malaysia. YB juga boleh menasihatkan pegawai dan pelawat YB (untuk patuh SOP) semasa di luar.”

Datuk Mohd Nizar Zakaria (BN-Parit) dalam perbahasannya turut menasihati seluruh rakyat agar terus mematuhi SOP dan merakamkan penghargaan kepada barisan hadapan yang sentiasa berusaha membendung penularan COVID-19.

Dia turut mengingatkan rakyat supaya patuh segala arahan yang ditetapkan kerajaan.

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...