Ahli KWSP Umur 100 Tahun Ke Atas Perlu Tuntut Simpanan Persaraan Sebelum 31 Mac 2025

Berita

Ahli KWSP Umur 100 Tahun Ke Atas Perlu Tuntut Simpanan Persaraan Sebelum 31 Mac 2025

Melalui laporan New Straits Times (NST), semua ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berumur 100 tahun dan ke atas perlu mengemukakan tuntutan simpanan yang belum dituntut sebelum 31 Mac tahun hadapan.

kwsp

Advertisement

Difahamkan, pihak KWSP kini sedang dalam proses menghubungi ahli berumur 100 tahun ke atas yang masih belum mengeluarkan sepenuhnya wang persaraan mereka.

Selepas tarikh ini, sebarang simpanan yang tidak dituntut akan dipindahkan ke Bahagian Pengurusan Wang Tidak Dituntut (BWTD) di bawah Jabatan Akauntan Negara Malaysia.

kwsp

Jika ahli atau waris tidak menuntut wang simpanan tersebut, mereka perlu mengemukakan terus kepada pihak BWTD.

Tambahan pihak KWSP, jika ada sebarang pertanyaan atau mahu mengetahui maklumat lanjut tentang perkara ini, ahli atau waris boleh melayari laman web rasmi KWSP atau hadir ke pejabat KWSP berhampiran.

Yuran tadika dan taska dijangka naik 25% tahun hadapan
2 months ago

Kerja Keras Ibu Bapa! Yuran Tadika & Taska Dijangka Naik Sebanyak 25% Mulai Tahun Hadapan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...