Setelah berminggu isu pengeluaran wang caruman KWSP hangat dibincangkan, KWSP kini telah mengumukan bahawa anda boleh mengeluarkan sehingga RM60,000 dari Akaun 1.
Ini berlaku susulan tempias dari COVID-19 yang telah mengakibatkan ramai rakyat Malaysia yang cukup terjejas dari segi kewangan akibat kehilangan pekerjaan yang tidak dapat dielakkan. Ada juga yang terpaksa gulung tikar akibat PKP terutamanya pengusaha restoran dan macam-macam lagi.
Inisiatif ini bakal memberi bantuan kepada 2juta ahli pencarum yang benar-benar terkesan akibat pandemik COVID-19.
Tertakluk pada baki minimum
Gambar diatas menunjukkan contoh huraian jika anda mepunyai simpanan Akaun 1 sebanyak RM90,000 ke bawah atau lebih dari RM90,000.
Tetapi harus diingatkan juga, pengeluaran wang dari Akaun 1 ini perlu dianggap sebagai pinjaman dan apabila ahli yang membuat permohonan telah mendapat pekerjaan, mereka perlu membayar semula jumlah yang di “pinjam”.
TERKINI.!!
KWSP | i-SINAR Membolehkan 2 Juta Ahli Terkesan Mengakses Akaun 1
Pendahuluan maksimum pertama antara RM4,000 hingga RM10,000 pic.twitter.com/h99JMmgfYO
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) November 16, 2020
Dijangkakan akan memberi manfaat sebanyak RM14 bilion menerusi inisiatif i-Sinar
Tiada maklumat terperinci yang diberikan mengenai terma kelayakan i-Sinar. Dijangkakan maklumat lengkap akan diberikan dalam masa yang terdekat ini.