Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi turut mengumumkan pengeluaran KWSP dan program ini tidak lagi dipanggil sebagai i-Sinar, tetapi i-Citra.
Pengeluaran kali ini juga hanya membenarkan penyimpan mengeluarkan sehingga RM5,000 dengan kadar bayaran tetap RM1,000 setiap bulan bagi tempoh 5 bulan kedepan.
Ahli KWSP boleh melakukan permohonan i-Citra bermula 15 Julai 2021 dan bayaran pertama akan dikreditkan ke akaun ahli pada bulan Ogos 2021.
Kerajaan menjangkakan 12.6 juta rakyat akan dapat merasai pengeluaran ini.