Ahli Kumpulan GISBH Mohon Ikat Jamin Rendah – “Saya Ada 3 Isteri, 10 Anak, Perlu Buat Persiapan Untuk Sekolah…”

Trending

Ahli Kumpulan GISBH Mohon Ikat Jamin Rendah – “Saya Ada  3 Isteri, 10 Anak, Perlu Buat Persiapan Untuk Sekolah…”

Seorang lelaki yang merupakan ahli kumpulan Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) didakwa di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan melakukan ugutan jenayah terhadap bekas ahli jemaah awal bulan ini.

Lelaki yang mempunyai tiga isteri dan 10 orang anak itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ahmad Afiq Hasan.

Advertisement

Tertuduh, Mohamad Riza Makar, 39, didakwa menakutkan secara jenayah terhadap seorang wanita berusia 25 tahun.

“Kita tunggu… kami tahu dekat mana rumah, suami dan keluarga”, katanya mengugut wanita terbabit kerana enggan menarik balik laporan polis dibuatnya.

GISB holdings

 

Mohon ikat jamin rendah

Peguam yang mewakili tertuduh iaitu Zulfikri Ulul Azmin merasakan tawaran jaminan oleh pihak pendakwaan itu terlalu tinggi dan memohon supaya anak guamnya dibenarkan jaminan pada kadar minimum atas alasan mempunyai tanggungan ramai.

Memandangkan sekarang cuti sekolah, saya perlu berdepan dengan 10 anak untuk menyediakan wang bagi persiapan sekolah akan datang.

ahli gisbh didakwa di mahkamah

Tambah Zulkifri, tertuduh tiada kepentingan dalam GISBH dan anak guamnya itu berniaga sendiri serta mempunyai rangkaian bisnes bersama GISBH yang terpalit dengan siasatan dijalankan.

Tertuduh berniaga sendiri dengan pendapatan RM4,000 sebulan dan mempunyai tiga isteri serta menanggung 10 anak. Mohon mahkamah turut mengambil kira bahawa tertuduh tiada risiko melarikan diri dan memberikan kerjasama penuh sepanjang siasatan pihak polis.

Mahkamah membenarkan jaminan RM10,000 selain meletakkan syarat tambahan supaya tidak mengganggu, menghampiri dan menghubungi pengadu sepanjang kes berjalan dan lapor diri di balai polis berdekatan pada minggu pertama.

3 weeks ago

Bekas Jemaah GISBH Dakwa Terima Ugutan Selepas Cakap Mahu Keluar Kumpulan - “Mereka Kata Allah Akan Isytihar Perang Dengan Saya”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...